Kisah Viral

Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Mula mula pesakit akan rasa kebas... 3 Bulan Merana Kebas, Gelak Pun Sakit.Kemudian Merebak Sakit Belakang & Tonking!!

Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Mula mula pesakit akan rasa kebas kaki dan diikuti dengan sakit belakang. Kebanyakkan slip disc berlaku pada tulang belakang terutama di bawah punggung.Mungkin ramai kurang pengetahuan mengenai ini, tapi sebenarnya agak bahaya penyakit ini. Seperti perkongsian Cik Noor Farhana yang terkena penyakit Slip Disc.

Assalam , Selamat Hari Raya semua .Since Nana masuk hospital kena slip disc . Ramai sangat-sangat yang call msg whatsapp tanya punca Nana kena slip disc . Penyakit ni kadang kita tak tahu punca . Nak kata jatuh tak jatuh . Tapi menda Allah da tetapkan . Jadi redha & ikhtiar . Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc . Moga boleh jadi pengajaran pada semua .

Pada permulaan dia bertahun Nana dpt sakit belakang yang nak kata teruk tu tak . Tapi sekali kena memang sakit . Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja . 3 bulan jugak merana kebas ni . Asal kul 3,4 pagi terjaga . Jirus kaki dengan air la . Amik ais tuam kat kaki la . Mandi la . Bila pergi office asyik tanya kawan . Nana ni kenapa asyik kebas je . Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa . Duduk biasa pun kebas baring pun kebas . Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu . Memang langsung tak selesa . Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ) . Nak gelak pun terasa kadang-kadang . Sampai tahap nak bgun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la . Asyik cakap kita ANGIN . Ayat yang sama .

Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya . Keadaan makin teruk . Tgh jalan kaki nak pergi kerja . Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan . Okay seram dah masa tu 😩. Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki . Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .
Sampai pakar doc minta buat MRI . Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang . Dan resultnya yea Nana kena slip disc . Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan . Sebab itu kaki kanan je yang kebas . Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?

Nana pun balik bincang dengan keluarga . Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih . Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat . Ramai yang sarankan untuk urut . Bukan tak percaya . Tapi buat la tulang tu makin lari . Yang tanggung sakit kita . Orang yang tak rasa sakit . Lain orang lain cara . Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri . Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana . Nak duduk tk boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas .

Banyak juga la sebab dia . Jangan anggap kita buat sesuatu tu da betul keadaan badan . Sebenarnya tak . Jaga la diri . Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor . Sakit sekarang tak kira umur . Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni . Jangan sampai kritikal baru pergi check .

Bacaan Popular Lain :

Shares