Kisah Viral

Loading... Saya punya anak tiga. Jodoh saya dan suami diaturkan oleh keluarga namun sebagai anak sulung yang jarang membantah apa yang mak ayah utarakan,... Antara Suami Dan Teman Lelaki, Apa Pilihan Terbaik Untuk Saya, Bantulah Saya!
Loading...

Saya punya anak tiga. Jodoh saya dan suami diaturkan oleh keluarga namun sebagai anak sulung yang jarang membantah apa yang mak ayah utarakan, saya mengikut saja kehendak mereka. Lagi pun ketika itu, saya tidak punya siapa-siapa kerana pernah putus tunang sebelum ini.Sekalipun sudah berusia awal 30-an, dengan tubuh badan yang kecil, sekalipun punya anak tiga orang, ramai rakan-rakan khususnya golongan lelaki yang tidak mempercayai saya sudah ada anak di sekolah rendah. Mungkin itulah kelebihan saya selain saya akui punya raut wajah menarik.

Apa yang ingin saya kongsikan ini mungkin berat untuk diluahkan. Seolah-olah membuka pekung sendiri ditambah rasa malu dengan segala perbuatan yang telah saya lakukan. Demi Allah, sebagai hamba Allah bersifat lemah, saya mungkin tersalah langkah namun saya tidak pernah berniat untuk terus menjadi seorang hamba yang berdosa.

Dek kerana itulah saya memohon pandangan kerana saya mahu mencari kekuatan diri.Untuk makluman, suami seorang yang baik. Tiada cacat celanya bahkan hubungannya dengan masyarakat juga bagus. Dia disayangi oleh ahli keluarga saya kerana dia ringan tangan bahkan bermulut ramah. Pendek kata dia disenangi semua orang. Sebagai isteri, ada kurang dan ada lebihnya suami di mata saya. Dia memang baik dan saya akui itu tetapi kurangnya kerana suami tidak pernah memuaskan saya di tempat tidur.

Sukar untuk saya kongsikan hal ini kerana kata orang, berdosa saya sebagai isteri kerana membocorkannya kepada khalayak ramai. Namun saya minta Allah ampunkan dosa saya kerana saya sekadar inginkan penjelasan.Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah tahu apa itu klimaks dan bagaimana rasanya. Hubungan kami berlangsung sangat sekejap kerana suami akan melepaskan begitu sahaja. Pernah saya berbincang dengan suami dan dia juga sudah berusaha tetapi malangnya keadaan tetap saya. Lama kelamaan saya menjadi bosan dan kalau dia mengkehendaki, saya akan menerimanya dan tidak pernah berkata apa-apa lagi. Dia selalu memuji saya cantik, bentuk badan saya menarik namun dia hanya menyentuh bahagian ‘bawah’ saya tanpa melakukan pemanasan. Baca Sepenuhnya DI SINI !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares