Kisah Viral

Loading... Ternyata kontroversi beberapa keping gambar bersama Idris Khan telah memberikan impak besar terhadap kehidupan sebagai seorang pelakon kepada Atikah Suhamie. Selama 6 bulan,... Atikah Suhaimie Dapat Balasan Cash Kerana Videonya Yang Lepas.
Loading...

Ternyata kontroversi beberapa keping gambar bersama Idris Khan telah memberikan impak besar terhadap kehidupan sebagai seorang pelakon kepada Atikah Suhamie. Selama 6 bulan, tiada sebarang tawaran berlakon telah diterima oleh pelakon yang berasal dari Singapura ini. Akibatnya, wang simpanan Atikah berkurangan sekaligus menyebab dia mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura dan bekerja sebagai pegawai pemasaran.
atikah suhaime

Kata Atikah Suhaime:-

Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni.Sebelum ini, Atikah Suhaime menerusi satu perkongsian di Instagramnya telah membayangkan “persaraannya” daripada dunia seni. Namun gambar tersebut telah pun dibuang atas permintaan ibunya.
atikah suhaime

Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya.Tidak semua orang bertuah untuk mencipta nama di dalam dunia lakonan di Malaysia ini. Setiap orang sudah tertulis rezeki masing-masing. Mungkin rezeki Atikah Suhaime di dalam bidang lain. Tak perlu mengharap kepada benda yang tidak pasti, lebih-lebih lagi jika ia mengorbankan kehidupan peribadi kita. Semoga terus maju jaya diucapkan.

PELAKON Atikah Suhaime mengakui pernah ke pusat hiburan yang menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk menyelami dunia wanita-wanita tersebut. Wanita berusia 26 tahun ini berkata, tujuan dia ke lokasi tersebut bukan untuk bersuka-ria atau mencuba jadi seperti itu. Namun, ia sekadar mahu menjiwai watak sebagai Ameera menerusi filem lakonan terbaharunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella.

“Memang saya ada ke pusat hiburan yang menyediakan layanan GRO. Tapi bukan pergi suka-suka atau nak berseronok seperti yang disangkakan. “Tujuan saya ke sana hanya untuk menyelami dunia mereka dan bagaimana mereka membawa diri dengan pekerjaan tersebut. “Apabila saya dapat lihat dan rasai sendiri, barulah boleh menjiwai watak Ameera yang merupakan seorang GRO dalam filem terbaru saya,” kata Atikah kepada mStar Online. “Duit Simpanan Dah Nak Habis” – Atikah Suhaime

Antara babak mesra Atikah sebagai Ameera yang terpaksa melayan pelanggannya iaitu Salman lakonan Ahmad Idham.Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Singapura ini memberitahu tidak semua wanita yang memilih pekerjaan tersebut disebabkan mempunyai sejarah hitam. Namun, kebanyakan daripada mereka ini sememangnya memilih jalan kehidupan seperti itu disebabkan faktor kewangan. “Bukan semua wanita yang bekerja sebagai GRO ini disebabkan pernah melalui sejarah hitam atau mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik.

“Tapi bila saya kenali mereka ini, ada yang memang pilih jalan pekerjaan ini disebabkan dapat perolehi duit yang banyak. “Mereka bukan buat perkara yang melebihi seperti tidur bersama atau mengadakan hubungan intim tapi hanya melayan karenah pelanggan dan menerima duit atas layanan tersebut,” ujarnya.Sementara itu, Atikah memberitahu sejak membuat kenyataan tidak ada tawaran berlakon dan kini bekerja di Singapura, dia banyak menerima panggilan untuk kembali berlakon. “Secara tiba-tiba ramai pula yang menghubungi untuk menawarkan saya berlakon semula selepas saya sudah bekerja di Singapura. “Namun, saya masih memikirkan semula kerana tidak mahu membuat keputusan terburu-buru,” katanya.- Sumber !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares