Kisah Viral

Loading... Mesti anda tertanya-tanya siapa Elisya Sandha ini? Kalau nak tahu, Elisya merupakan pendatang baharu yang berbakat besar dalam industri seni hiburan tempatan. Kali... Biodata Elisya Sandha, Adik Kepada Pelakon Fasha Sandha Yang Cun !!
Loading...

Mesti anda tertanya-tanya siapa Elisya Sandha ini? Kalau nak tahu, Elisya merupakan pendatang baharu yang berbakat besar dalam industri seni hiburan tempatan. Kali ini Lebih info akan kongsikan biodata Elisya Sandha serta 5 foto terbaru beliau. Aktif berlakon sejak berusia 15 tahun lagi, figura cantik ini merupakan adik kepada aktres popular tanah air iaitu Fasha Sandha.

“Angah (Fasha Sandha) tidak pernah menjual nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Saya juga menolak andaian pihak yang mempertikaikan perjalanan seni yang dilalui dengan mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yang lain yang masih baru dalam industri ini,” – Elisya Sandha. Digandingkan dengan Zoey Rahman, drama terbaru lakonannya iaitu Mat Rukun akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Biodata Elisya Sandha
■ Nama Penuh: Nur Elisya Mohd. Faisal
■ Nama Komersil: Elisya Sandha
■ Tarikh Lahir: 1999
■ Umur: 18 Tahun (2017)
■ Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik
■ Status: Bujang
■ Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model dan Penyanyi
■ Agama: Islam
■ Bangsa: Melayu
■ Warganegara: Malaysia
■ Bakat : Menari, Menyanyi, Berlakon
■ Kelab Peminat: Elisya Sandha Lovers
■ Drama/Telefilem: Hai Lah Menantu, Mat Rukun, Bila Chacha Masuk Asrama, Destinasi G4, Aku Mahu Ke New York dan banyak lagi.
■ Filem: Anak Mami Nasi Kandar (AMNK), Perjanjian Syaitan dan Cendol
■ TV Host: Misi Kita
■ Twitter: twitter.com/elisyasandhaa
■ Instagram: instagram.com/elisyasandha
■ Trivia Menarik Elisya Sandha

Pernah menganggotai kumpulan nyanyian bernama Nova Nona yang berkonsepkan seperti kumpulan Feminin dan Res2.Pernah menyertai pertandingan menari Superstar Astro Ceria bersama kumpulannya iaitu Diamoniq. Timbul minat terhadap dunia lakonan apabila seringkali menemani kakaknya Fasha Sandha ke lokasi pengambaran sejak berusia 12 tahun lagi. Elisya Sandha mahu dikenali dengan bakatnya sendiri dan tidak ingin dibayangi oleh populariti kakaknya. Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur.

Aktif dalam kumpulan pasukan sorak (cheerleader) di sewaktu sekolah. Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak pelakon dan penerbit hebat tempatan, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Kerjaya seninya diuruskan oleh ibunya sebagai pengurus peribadi.Pernah menjadi jurucakap kepada produk kosmetik iaitu Maybelline.Jika tidak terlibat dengan dunia lakonan, Elisya Sandha bercita-cita untuk menjadi akauntan.Pernah membintangi filem tamil berjudul “Natchatiran” yang telah ditayangkan pada Disember 2015.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares