Kisah Viral

Isteri Memang Sangat Cantik Tapi Suami Masih Lagi ‘Makan Luar’, Kenapa??

Isteri memang dah sangat cantik tapi si suami masih lagi ingin mencari wanita lain untuk bersama. Kenapa? Apakah kekurangan pada si isteri? Mesti ada sesuatu yang tidak kena.Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan telah berjaya menemui suaminya setelah beberapa hari suaminya itu tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya sedang bercinta dan bersama-sama dengan wanita lain.

Menurut sumber, si isteri dikatakan telah mencari si suami telah beberapa hari dan akhirnya dapat ditemui selepas dibantu oleh rakanya yang menaiki motosikal apabila terserempak dengan kereta suaminya itu berdekatan dengan sebuah restoran.Tanpa membuang masa si isteri kelihatan terus menuju ke arah kereta tersebut dan mendapati ada seorang wanita di dalam kereta, lalu mengetuk tingkap kereta dan meminta wanita terbabit membukanya.

Selepas tingkap dibuka, isteri malang tersebut dilihat menarik wanita itu keluar, malangnya cubaannya tidak berjaya namun belia dapat merampas beg tangan wanita berkenaan, Si isteri terkejut apabila mendapati beg tangan wanita tersebut mempunyai beberapa kondom yang dipercayai akan digunakan wanita terbabit untuk bersama dengan suaminya, malah turut pil perancang turut ada bersama.

Selepas beberapa minit, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam datang daripada belakang dan menghalang isterinya dari terus menyerang teman wanitanya itu sebelum masuk ke dalam kereta serta beredar dari tempat berkenaan.Menerusi terjemahan seorang netizen yang dipercayai memahami apa yang dituturkan oleh mereka adalah seperti berikut;Lelaki berkenaan adalah suaminya.

Dia pergi kepada perempuan tersebut dan bertanyakan ke mana dia mahu pergi tetapi perempuan tersebut berkata tidak pergi ke mana-mana. Kemudiannya, isteri tersebut berkata, perempuan itu menipu dan meminta dia menunjukkan wajahnya.

Malah si isteri turut bertanyakan namanya dan meminta untuk melihat apa yang terkandung di dalam beg tangannya itu.Kemudiannya, suami wanita tersebut datang dan berkata “apa yang dibuatnya serta bergegas masuk ke dalam kereta. Si isteri berkata, tak mengapa, kau akan kena dengan aku nanti apabila berada di rumah.”

Rata-rata netizen yang mengikuti dan menonton perkongsian rakaman video berkenaan menyifatkan lelaki terbabit tidak bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan masih lagi mencari wanita lain.Sehubungan itu, mereka berpendapat, kecantikan seseorang wanita belum tentu dapat membuatkan seorang suami itu dapat setia bersama isterinya. – www.koleksiviral.com

Read more
Betul Ke Ni ?? Satu Lagi Video Natasha Elyzza Tersebar Lagi !!

Satu lagi video yang menunjukkan wanita yang kelihatan mirip dengan pelakon Fathia Latiff kini menjadi tular di media sosial.
fatiyanastasya

Dalam video itu yang juga bersiaran di Bigo Live, wanita mirip Fathia dilihat hanya bertuala ketika muncul di siaran Bigo secara tidak sengaja dan wajahnya kelihatan lebih jelas.

Bagaimanapun, dalam siaran itu rakan Fathia, Natasha Elyzza dilihat memarahi Netizen yang bertanya sama ada wanita yang berkemban dengan tuala itu Fathia.

Natasya dilihat menegur wanita itu yang dia sedang bersiaran di Bigo Live dan dibalas sambil berseloroh oleh wanita itu:Itulsh pasalnya. jangan main (Bigo Live) kalau aku ada.

Mungkin tidak berpuas hati dengan komen-komen, Natasha juga kemudiannya mengakui wanita itu Fathia sambil bertanya apa masalah Netizen jika benar wanita itu Fathia dan bertanya jika Netizen yang menyaksikan siaran Bigo Live itu mempunyai masalah dengan artis.

Baca artikel sebelum: Video pelakon Natasha Elyzza belanja sisi payudara sambil menari seksi, netizen dakwa gadis disebelahnya bukan Fathia Latiff

Video itu boleh ditonton di bawah:

Sejak semalam, rakaman video Bigo Live Natasha Elyzza yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara tersebar di media sosial menyebabkan Fathia menerima kecaman hebat di Instagram.

Bagaimanapun, Fathia mengambil pendekatan tidak memberi komen ketika ditanya pemberita sama ada wanita itu benar dirinya.Sumber: Beautifulnara

Read more
10 Lelaki Paling Cantik Di Thailand, Mengalahkan Perempuan Tulen!!

Sekiranya anda pernah pergi ke Thailand seperti di bahagian Pattaya ataupun di Phuket, kelibat mak nyah pastinya pernah kelihatan di mana-mana.

Ada kalanya, menjadi amat sukar untuk membezakan sama ada mereka ini benar-benar seorang wanita ataupun ‘jadian’ semata-mata. Tak percaya? Lihat sendiri senarai di bawah ini.

Mula menempah nama setelah membintangi sebuah filem komedi China yang berjudul Lost in Thailand. Kepetahan beliau bertutur bahasa Mandarin dengan fasih telah menjadikan beliau cukup terkenal di China.

Bekas Miss Mimosa Queen Thailand pada tahun 2015. Setelah memenangi anugerah ratu cantik untuk mak nyah yang diadakan setiap tahun di Pattaya, Patta menjadi semakin dikenali ramai.

Meskipun namanya sukar untuk dieja, tetapi kecantikan yang dimiliki Pemika tidak ubah seperti seorang model wanita.

Jeen mula dikenali ramai setelah hadir ke proses pemilihan tentara yang diwajibkan kepada setiap kaum lelaki di Thailand. Memandangkan beliau tidak memiliki ciri-ciri seorang tentera apatah lagi seorang lelaki, Jeen telah dibenarkan untuk tidak menyertai latihan itu.

Sama seperti Jeen, ‘gadis’ yang baru berusia 22 tahun ini mula dikenali ramai setelah beliau hadir ke proses pemilihan tentera.

Yoshi dikenali di kalangan peminatnya kerana memiliki wajah yang persis anak patung.

Mula mendapat perhatian ramai setelah menghadiri proses ujibakat untuk pertandingan model, The Face Thailand Season 3. Meskpun tersingkir pada peringkat awal pertandingan, itu sudah cukup untuk menjadikan Hana terkenal di seluruh negara.

Merupakan salah seorang peserta pertandingan The Face Thailand Season 3 selepas bergelar naib juara untuk pertandingan ratu cantik mak nyah, Miss Tiffany’s Universe tahun 2013.

Mo baru sahaja memenagi pertandingan Miss Tiffany’s Universe pada tahun lepas dan kemudiannya memenangi Miss International Queen.

Pada tangga nombor satu merupakan ratu mak nyah yang paling cantik dan paling berpengaruh di Thailand.

Beliau merupakan mak nyah yang pertama yang telah dinobatkan secara rasmi sebagai idola kepada generasi muda mak nyah di Thailand.

Read more
Hafiz Yang Tergesa-Tesa Bernikah Dengan Saya – Joy Revfa

Kelmarin, Hafiz memberi amaran kepada Joy agar mengambil serius dan jangan main-main terhadap permohonan faraq nikah yang difailkan oleh Joy sendiri di mahkamah.

Hafiz berkata, sikap sambil lewa Joy itu menyebabkan banyak masalah yang timbul sehingga mengelirukan keadaan. “Saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah.

Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. Satu saja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan perkahwinan kami sah,” katanya.

Joy Revfa atau nama sebenar, Siti Arifah Mohd Amin, berharap penyanyi Hafiz Hamidun berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan yang diberi, lapor mStar Online.

“Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas, pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukan. Ini adalah cara terbaik untuk selesaikan, bukan dengan cara licik yang lain.

Kumpulan peguam yang bersama dengan Joy di Mahkamah Syariah Shah Alam. “Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai,” katanya.

Jelas Joy, dia faham mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan bahawa penikahan mereka tidak sah.

Menurut Joy, status perhubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar. “Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

“Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media membongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

“Netizen dapat menghidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya,” katanya.

Joy berkata, jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia sepatutnya datang berbincang secara baik dengan dia, bukannya bertindak berdiam diri dan menjauhkan diri.

Malah, semenjak isu mereka menjadi bualan umum, Joy berkata hanya dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka.

“Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang, bukannya berdiam diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan, tetapi dia tidak berbuat demikian.

“Selama ini hanya saya sahaja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram agar netizen tidak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media yang lalu, Hafiz pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu dengan status mereka.

Read more
VIDEO!!  Wanita Cantik Terburu-Buru Pakai Seluar Dan Minta Ampun Dalam Kereta.

Tersebar video sepasang kekasih kema-ruk sedang bercum-bu hingga menan-ggalkan seluarnya di dalam kereta.Video tersebut tersebar luas di media sosial, di antaranya dimuatnaik akaun Instagram @babegokilz.

Dalam video itu kelihatan saat penduduk kampung menyerbu, pasangan kekasih yang duduk di bangku belakang kereta, terburu-buru memakai seluarnya.”Ampun pak, ampun pak, ampun pak,” kata si wanita muda itu sambil memakai seluarnya.

“Anak mana lu. Enak aja me-sum di mobil, gak punya duit lu,” teriak seorang lelaki.”Mana KTP lu, SIM lu.”Hingga berita ini disiarkan, belum diketahui di mana lokasi kejadian tersebut.

Tonton video kejadian tersebut di bawah:

Read more
Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

“Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

“Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu,” kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

“Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya,” katanya lagi.

Read more