Kisah Viral

HANGAT: Ainul Aishah Tampil Ketat Sendat Sampai Nampak Seluar Dalam?

Ainul Aishah, pernah cetus kontroversi kerana gaun seksi. Biarpun sering kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat pelakon yang kini juga bergelar penyanyi.Tidak mahu menoleh ke belakang, kini Ain semakin bahagia bersama kekasih barunya, Khalid. Biarpun masih belum merancang untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius Lagi.

Namun Ainul akui Sikap Khalid yang sangat menghargai Ainul membuatkan beliau terpikat dengan jejaka tersebut.Baru-baru ini menerusi Instagram Ainul terlihat menghadiri sebuah majlis kosmetik antarabangsa, Lancome di mana Neelofa mencatat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik tersebut.

Ternyata Ainul hadir dengan penampilan yang agak berani dengan mengenakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk seluar dalamnya. Walaubagimanapun, penampilan Ainul tetap nampak anggun dan selesa dengan pakaian tersebut dengan warna Nude. Dalam pada itu, Ainul juga memuatnaik gambar dia dan kekasihnya, Khalid yang begitu segak dan kacak ketika majlis berlangsung.Lihat sahaja foto-foto seksi Ainul ini, pasti buat lelaki terasa panas dingin! Jangan salah fokus ya!

Read more

Semoga Allah Berikan Jodoh Kedua Aku Dengan Lelaki Sebaik Ini

Setahun lebih hidup sebagai seorang ibu tunggal mungkin merupakan masa yang sesuai untuk aktres Fasha Sandha kembali berumah tangga.Fasha menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG)nya berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuat naik. Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin. Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya. Berikut merupakan video dan kapsyen yang ditulis Fasha:

Rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Fasha bertemu dengan jodoh idamannya dan segera berumah tangga. Sementara itu, entri itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Vida yang mendoakan kebahagiaan buat pelakon itu. Boleh sayang, yang terbaik untuk mu dear..me too..muahh,” tulisnya. Fasha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai disahkan bercerai pada 20 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha, 2 tahun. Foto: Instagram Fasha Sandha

Read more
VIRAL: Anak Pelakon Popular Goyang Pinggul Di Tempat Terbuka [ VIDEO ]

Tidak perlu diperkenalkan lagi! Wanita lincah ini sering sahaja mencetuskan kontroversi dengan iklan yang dianggap berunsur lucah. Anak pelakon veteran ini kembali mencuri perhatian warga media sosial.Tanpa rasa segan dengan aksi goyangnya, Liana Rosli tampil dengan sebuah video yang lebih menggiurkan dalam Instagram. Video ini hanya sekadar gimik bagi mempromosikan produk keluaran sendiri, JUS SWEETDARA COLLAGEN.

Menerusi video di Instagram berdurasi 50 saat yang sudah ditonton ramai lebih 45,000 kali, Liana anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini kelihatan menggoyangkan dada dan pinggulnya mirip seperti sebuah tarian singa.Tidak seperti dahulu yang dia sering dikutuk, kali ini pengikut Liana di laman sosial itu rata-rata tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya.

Read more
VIRAL :Lelaki Ini Dikatakan Jelmaan Micheal Jackson,Biar Betul Ni ??

VIRAL :Lelaki Ini Dikatakan Jelmaan Micheal Jackson,Biar Betul Ni ?? Siapa yang tidak kenal dengan bintang pop popular iaitu Micheal Jackson. Lagunya banyak menjadi hits dan terkenal di serata dunia.Beliau juga di katakan mempunyai jutaan peminat yang menggilai setiap kemunculannya sama ada di konsert atau di mana-mana majlis.

Namun begitu peminatnya meratapi pemergian Micheal Jackson yang di katakan mati dalam keadaan tragis dan penuh dengan kontroversi yang melibatkan doktor peribadinya sendiri.

Baru-baru ini viral di laman sosial di mana netizen terkejut dengan jelmaan semula Micheal Jackson yang di katakan di lihat berada di mana-mana tempat.Gambar-gambar lelaki tersebut mula beredar di laman sosial sehinggakan ada wanita yang mengaku lelaki itu kekasihnya.

Namun begitu, lelaki yang punya wajah sama seperti MJ itu sebenarnya adalah ahli muzik Sepanyol yang bernama Sergio Cortes dan beliau memang aktif membuat persembahan dengan bertemakan Micheal Jackson Show.Sergio yang punya iras MJ ini rupanya turut mempunyai ramai peminat yang suka bergambar dengannya.

Read more
Hafiz Yang Tergesa-Tesa Bernikah Dengan Saya – Joy Revfa

Kelmarin, Hafiz memberi amaran kepada Joy agar mengambil serius dan jangan main-main terhadap permohonan faraq nikah yang difailkan oleh Joy sendiri di mahkamah.

Hafiz berkata, sikap sambil lewa Joy itu menyebabkan banyak masalah yang timbul sehingga mengelirukan keadaan. “Saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah.

Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. Satu saja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan perkahwinan kami sah,” katanya.

Joy Revfa atau nama sebenar, Siti Arifah Mohd Amin, berharap penyanyi Hafiz Hamidun berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan yang diberi, lapor mStar Online.

“Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas, pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukan. Ini adalah cara terbaik untuk selesaikan, bukan dengan cara licik yang lain.

Kumpulan peguam yang bersama dengan Joy di Mahkamah Syariah Shah Alam. “Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai,” katanya.

Jelas Joy, dia faham mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan bahawa penikahan mereka tidak sah.

Menurut Joy, status perhubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar. “Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

“Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media membongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

“Netizen dapat menghidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya,” katanya.

Joy berkata, jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia sepatutnya datang berbincang secara baik dengan dia, bukannya bertindak berdiam diri dan menjauhkan diri.

Malah, semenjak isu mereka menjadi bualan umum, Joy berkata hanya dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka.

“Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang, bukannya berdiam diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan, tetapi dia tidak berbuat demikian.

“Selama ini hanya saya sahaja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram agar netizen tidak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media yang lalu, Hafiz pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu dengan status mereka.

Read more
Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

“Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

“Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu,” kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

“Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya,” katanya lagi.

Read more