Kisah Viral

5 Gambar Teman Wanita Haziq Penjaga Gol Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun.

PETALING JAYA: Kesilapan penjaga gol pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara ketika aksi final bola sepak Sukan SEA hingga menyebabkan Thailand beroleh jaringan kemenangan nampaknya telah mengheret teman wanitanya yang terkena tempias kecaman netizen.

Cubaan Muhammad Haziq Nadzli menumbuk bola bagi menyelamatkan gawang Harimau Malaya bagaimanapun bertukar mimpi ngeri apabila ia memberi gol kepada pasukan lawan, sekali gus ‘ibu emas’ dirangkul Thailand.

Situasi itu telah membuatkan pihak tertentu cuba mengaitkan prestasi Haziq yang kononnya dipengaruhi oleh hubungan cintanya dengan gadis yang hanya dikenali sebagai Nurfarisha.

Read more
Ini Respon Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri !!

Semalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Thailand.Sebelum perlawanan memang kecoh tentang isu tiket yang kehabisan dalam sekelip mata dan menjadi rebutan macam pisang goreng panas.Setelah 90 minit berlangsung, akhirnya pasukan Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan penuh 0-1.

Namun yang menjadi buah mulut ialah gol Thailand dijaringkan oleh penjaga gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli.Haziq Nadzli telah menumbuk gol dari sepakan penjuru Thailand ke arah gol sendiri. Gol jaringan sendiri ini merupakan satu-satunya gol pada malam itu.Walaupun mencuba dengan sebaik mungkin namun pasukan Malaysia tetap gagal juga mencari gol.

Apabila tamat permainan, Malaysia tewas dan mendapat pingat perak.Oleh kerana telah menjaringkan gol sendiri, penjaga gol ini telah memberi respon di laman sosial.Ini respon dari Haziq Nadzli: – Berita Memey !!

Read more
Sebabnya : Kenapa Tiket Final Bola Sepak Tidak Dijual Atas Talian?

Penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 diantara Malaysia menentang Thailand membuatkan ramai netizen tertanya-tanya mengapa penjualan tiket tidak dibuat melalui online.Hal ini kerana, ramai netizen yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir tersebut terutamanya bagi golongan mereka yang bekerja sewaktu penjualan tiket dibuat.

Selain itu, ada segelintir netizen yang sanggup ponteng kerja hanya untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir tersebut.Perkara yang lebih menaikkan kemarahan netizen adalah pada kali ini penjualan tiket final bola sepak antara Malaysia dan Thailand dijual hanya di lokasi perlawanan, iaitu Stadium Shah Alam.

Namun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin mempunyai sebab-sebab yang kukuh mengapa keputusan dibuat sedemikian rupa.Khairy menjelaskan semua persoalan dalam beberapa status yang dikemas kini di akaun Twitter.

Kata beliau, sememangnya tiket perlawanan akhir dirancang untuk dijual secara atas talian seperti sebelum ini.Namun masalah timbul apabila pembekal transaksi pembayaran atas talian tidak dapat memberi jaminan proses yang stabil.Ada kemungkinan mereka yang membeli tiket secara atas talian tidak dapat menebus tiket memandangkan jumlah yang terlalu banyak. -SK

Read more
Tahniah: Khairul Hafiz Jantan Raih Pingat Emas 100 Meter Final

JAGUH pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan muncul manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara final riben biru Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Khairul digelar Speedy Jantan, 19, menamatkan saingan merakam masa 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun dalam acara itu.

Juara bertahan dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang melakar 10.43 saat sekadar membawa pulang pingat perak, manakala pingat gangsa pula dimenangi atlet Thailand, Kritsada Namsuwun 10.43 saat.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara pecut pada Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Vietnam menerusi bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad yang merangkul emas berganda dalam acara 100m dan 200m.

Ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memenangi pingat perak acara 100 meter wanita final.

Read more
Siapa Gerangan An Najwa, ‘Si Cantik Pemusnah’ Pasukan Lawan

NAMA An Najwa Azizan tiba-tiba menjadi sebutan hari ini selepas kejayaan skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.Biarpun sudah menceburi sukan bola jaring sejak 2013, namun mungkin kerana kurangnya pendedahan di media membuatkan tidak ramai yang berpeluang menyaksikan kehebatan An Najwa.

Hari ini, mata 32 juta rakyat Malaysia tertumpu kepada aksi memukau An Najwa dalam perlawanan akhir menentang Singapura. Pantang sahaja bola sampai ke tangannya, pasti akan menghasilkan gol.Kami kumpulkan beberapa fakta berkenaan ‘buah hati’ baharu rakyat Malaysia ini untuk pengetahuan anda.

1. An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak keempat dari lima beradik.

2. Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi, yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.

3. Berketinggian 178 sentimeter (5’10 inci).

4. Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.

5. Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.

6. Sudah memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.

7. Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.

8. Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali memegang bola, katanya “Saya tidak fikirkan perkara lain. Saya hanya fokus mahu masukkan bola ke dalam jaring”.

Read more
Pasukan Chinlone Sumbang Emas Pertama Malaysia

Tahniah buat pasukan Chinlone Malaysia yang berjaya membawa pulang emas pertama buat Malaysia pada hari ini yang berlangsung di Stadium Titiwangsa. Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Filipina di tempat kedua dengan pungutan mata 391-271.

Pasukan Malaysia terdiri daripada Muhammad Faiz Roslan (ketua pasukan), Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim.

Read more