Kisah Viral

Pasukan Chinlone Sumbang Emas Pertama Malaysia

Tahniah buat pasukan Chinlone Malaysia yang berjaya membawa pulang emas pertama buat Malaysia pada hari ini yang berlangsung di Stadium Titiwangsa. Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Filipina di tempat kedua dengan pungutan mata 391-271.

Pasukan Malaysia terdiri daripada Muhammad Faiz Roslan (ketua pasukan), Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim.

Read more
Bola Sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Malaysia 2-1 Singapura

SHAH ALAM: Malaysia menjadikan Singapura sebagai mangsa kedua mereka dalam acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila membenam pasukan jiran itu 2-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut diraih skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas menundukkan Brunei dengan jaringan sama, Isnin lalu.Bagaimanapun, ujian berbeza terpaksa dihadapi skuad negara pada perlawanan itu apabila terpaksa bertungkus lumus untuk bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih tiga mata berharga.

Malaysia hanya berjaya melakukan percubaan tepat menerusi sepakan percuma Adam Nor Azlin pada minit ke-28, namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Zhafran Rohaizad.Sembilan minit kemudian, pintu gol Malaysia yang dikawal Haziq Nadzli bocor menerusi rembatan cantik Amiruldin Muhammad Nodin yang terkena tiang sebelum menerjah ke gawang.

Jaringan itu jelas menaikkan semangat pemain Singapura dan mereka hampir menambah jaringan pada minit ke-41, tetapi Malaysia bernasib baik apabila sepakan percuma Hami Syahin Said sekadar singgah di tiang gol.Malaysia juga mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada masa tambahan babak pertama, bagaimanapun sepakan percuma Safawi Rasid dinafikan palang ketika Zhafran sudah tertewas.

Tindakan Kim Swee membawa masuk Nor Azam Abdul Azih pada babak kedua nyata berbaloi apabila pemain Pahang itu meledak gol penyamaan Malaysia pada minit ke-68 selepas rembatan derasnya dari luar kotak penalti menewaskan Zhafran.Jaringan itu dilihat menjadi titik kebangkitan Malaysia dan skuad muda negara akhirnya berada di depan menerusi jaringan pemain gantian, N Thanabalan pada minit ke-74.Singapura juga cuba bangkit memburu gol penyamaan pada penghujung babak kedua namun benteng Malaysia kebal bertahan hingga wisel penamat. BH

Read more
Tahniah, Arsenal Julang Perisai Komuniti 2017 Tewaskan Chelsea

Arsenal membawa pulang Perisai Komuniti selepas menewaskan Chelsea 4-1 dalam penentuan sepakan penalti. Perlawanan berakhir 1-1 untuk 90 minit.Chelsea tampil selaku juara EPL 2016/17 manakala Arsenal pula juara Piala FA 2016/17.Arsenal bermula baik di dalam perlawanan ini. Tetapi mereka gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang di dalam kotak penalti.Chelsea mendahului pada ketika perlawanan disambung hanya seminit pada separuh masa kedua menerusi Victor Moses.

Arsenal bergelut untuk menyamakan kedudukan. Sehinggalah minit ke-83, Sead Kolasinac menayamakan kedudukan, hasil daripada ‘set piece’ menarik daripada Granit Xhaka.Rudiger hanya mampu melihat Kolasinac melompat dengan yakin di hadapan beliau. Sebelum itu, Pedro Rodriguez dilayangkan kad merah kerana terjahan dari belakang ke atas Elneny.

Perlawanan seri 1-1 dan terus ke penentuan sepakan penalti.Dalam penentuan sepakan penalti, Gary Cahill memulakannya dengan baik untuk Chelsea. Arsenal kemudian menjaringkan 2 gol Walcott dan Monreal.Dalam kedudukan 2-1 untuk Arsenal, Curtois menjadi penendang ke-3, dan sepakannya liar ke udara. Lebih malang, penendang ke-3 Chelsea, bintang sensasi yang baru dibeli Alvaro Morata juga gagal menyempurnakan tugasan.

Arsenal mengesahkan kejuaraan Perisai Komuniti dengan 2 gol selepas itu menerusi Chamberlain dan Giroud.Tahniah Arsenal di atas kejayaan menjuarai Perisai Komuniti.- Kredit Blog

Read more
Memang Hebat !! Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim

Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, Pemain ini pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih pada tahun 2015 dan 2016, Beliau dinaikkan gaji sangat lumayan

Gambar diatas merupakan Kereta Mewah Jenama Mustang kepunyaan Safiq Rahim.

Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) dari 70K (2015), tak salah beliau dapat gaji sebanyak itu kerana permainannya sudah setaraf pemain import yang lain.

Read more
KISAH BOLA: Jadual Lengkap Semifinal Piala Konfederasi 2017

Moskow – Empat negara sudah memastikan tiket ke semifinal Piala Konfederasi 2017. Dari keempat negara itu, dua di antaranya berasal dari Eropa, yakni Portugal dan Jerman.

Portugal dan Jerman masih terlalu tangguh bagi lawan-lawan di grup masing-masing. Portugal memuncaki Grup A, sementara Jerman tak terbendung di Grup B.

Portugal meraih tujuh poin dari tiga pertandingan Grup A. Cristiano Ronaldo dan kawan-kawan hanya unggul selisih gol dari Meksiko yang juga mengemas poin yang sama.

Sementara itu, Jerman juga mengumpulkan poin serupa. Namun, Der Panzer unggul dua poin dari Cile yang berada di bawahnya.

Portugal akan menghadapi Cile yang menjadi runner-up Grup B di Kazan Arena, Kazan, Rabu (28/6/2017). Adapun Jerman bakal meladeni Meksiko di Stadion Fisht Olimpiyskyi, Moskow, sehari berselang.

Berikut ini adalah jadwal lengkap semifinal Piala Konfederasi 2017:

Rabu (28/6/2017) – Portugal vs Cile
Kamis (29/6/2017) – Jerman vs Meksiko

Sumber: FIFA

Read more
Perenang Olimpik ‘Cabar’ Jerung Dalam Lumba Renang

ATLET sukan renang yang paling berjaya dalam sejarah Olimpik, Michael Phelps, 31, bakal menyertai perlumbagaan terunggul abad ini.

Beliau akan berlumba dengan seekor jerung dalam satu perlumbaan yang ditaja Discovery Channel.Phelps yang telah memenangi 23 pingat emas Olimpik dan bersara pada 2016 dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 10 kilometer sejam di dalam air.

Lawannya seekor jerung Great White pula boleh mencapai kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.

Rancangan itu dijadual ditayangkan pada Julai nanti.

Read more