Kisah Viral

Punca Sebenar Bapa Sado Pukul Cikgu.Kenapa Sampai Jadi Begini?

BRUNEI – Viral video bapa kepada seorang pelajar memarahi dan mengasari guru sekolah anaknya sehingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut. Punca sebenar bapa sado pukul cikgu.. Kenapa sampai jadi begini?Dua video yang dimuat naik laman Facebook Borneo itu menunjukkan bapa pelajar yang datang bersama adik lelakinya itu dihalang oleh beberapa guru yang lain dari terus menyerang guru terbabit. Lapor laman berkenaan, apa yang berlaku adalah kes bapa pelajar tidak berpuas hati anaknya dihukum oleh guru terbabit di mana pelajar berkenaan mengadu dia telah digantung sekolah.

Tetapi setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar terbabit membuat cerita yang tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya. Berdasarkan komen netizen, Cib Scxso, dua lelaki terbabit datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian dari guru berkenaan apa sebenarnya kesalahan anaknya. Kes cikgu susah nak dibawa berunding. Bapa kepada pelajar yang dihukum ini hanya mahu meminta kepastian mengapa anaknya dihukum. Malah, dia juga meminta bukti apakah benar anaknya merokok.

Namun cikgu itu menampar muka bapa saudara pelajar terbabit. Maka tercetuslah pergaduhan sehingga tumbuk menumbuk, menyebabkan cikgu itu cedera, retak tulang pipi,” katanya. Menurut seorang lagi netizen, Timotius Jaunis, dua lelaki berkenaan pada awalnya mahu menyelesaikan kes itu secara baik. Malangnya guru berkenaan mula berkasar dengan mereka.

Dari apa yang saya dengar mereka cakap dalam video viral ini, mereka mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tetapi cikgu itu masuk saja dalam pejabat terus berkasar dengan mereka berdua.Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya,” katanya.

Difahamkan, kes itu telah diselesaikan dengan cara baik dan dua lelaki terbabit telah mengaku salah di atas perbuatan mereka itu. Namun, bapa pelajar yang bekerja sebagai askar dilaporkan telah diberhentikan serta merta.Sementara itu, guru lelaki berkenaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dipercayai mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

Tidak kiralah siapa yang betul atau siapa yang salah, janganlah memilih kekasaran untuk menyelesaikan masalah. Lebih memalukan apabila kejadian itu berlaku di sekolah, tempat anak-anak mencari ilmu. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak terus percaya bila anak membuat aduan. Sebaliknya siasatan dan dapatkan kepastian dari guru sekolah. – Thereporter

Read more
Isteri Memang Sangat Cantik Tapi Suami Masih Lagi ‘Makan Luar’, Kenapa??

Isteri memang dah sangat cantik tapi si suami masih lagi ingin mencari wanita lain untuk bersama. Kenapa? Apakah kekurangan pada si isteri? Mesti ada sesuatu yang tidak kena.Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan telah berjaya menemui suaminya setelah beberapa hari suaminya itu tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya sedang bercinta dan bersama-sama dengan wanita lain.

Menurut sumber, si isteri dikatakan telah mencari si suami telah beberapa hari dan akhirnya dapat ditemui selepas dibantu oleh rakanya yang menaiki motosikal apabila terserempak dengan kereta suaminya itu berdekatan dengan sebuah restoran.Tanpa membuang masa si isteri kelihatan terus menuju ke arah kereta tersebut dan mendapati ada seorang wanita di dalam kereta, lalu mengetuk tingkap kereta dan meminta wanita terbabit membukanya.

Selepas tingkap dibuka, isteri malang tersebut dilihat menarik wanita itu keluar, malangnya cubaannya tidak berjaya namun belia dapat merampas beg tangan wanita berkenaan, Si isteri terkejut apabila mendapati beg tangan wanita tersebut mempunyai beberapa kondom yang dipercayai akan digunakan wanita terbabit untuk bersama dengan suaminya, malah turut pil perancang turut ada bersama.

Selepas beberapa minit, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam datang daripada belakang dan menghalang isterinya dari terus menyerang teman wanitanya itu sebelum masuk ke dalam kereta serta beredar dari tempat berkenaan.Menerusi terjemahan seorang netizen yang dipercayai memahami apa yang dituturkan oleh mereka adalah seperti berikut;Lelaki berkenaan adalah suaminya.

Dia pergi kepada perempuan tersebut dan bertanyakan ke mana dia mahu pergi tetapi perempuan tersebut berkata tidak pergi ke mana-mana. Kemudiannya, isteri tersebut berkata, perempuan itu menipu dan meminta dia menunjukkan wajahnya.

Malah si isteri turut bertanyakan namanya dan meminta untuk melihat apa yang terkandung di dalam beg tangannya itu.Kemudiannya, suami wanita tersebut datang dan berkata “apa yang dibuatnya serta bergegas masuk ke dalam kereta. Si isteri berkata, tak mengapa, kau akan kena dengan aku nanti apabila berada di rumah.”

Rata-rata netizen yang mengikuti dan menonton perkongsian rakaman video berkenaan menyifatkan lelaki terbabit tidak bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan masih lagi mencari wanita lain.Sehubungan itu, mereka berpendapat, kecantikan seseorang wanita belum tentu dapat membuatkan seorang suami itu dapat setia bersama isterinya. – www.koleksiviral.com

Read more
Betul Ke Ni ?? Satu Lagi Video Natasha Elyzza Tersebar Lagi !!

Satu lagi video yang menunjukkan wanita yang kelihatan mirip dengan pelakon Fathia Latiff kini menjadi tular di media sosial.
fatiyanastasya

Dalam video itu yang juga bersiaran di Bigo Live, wanita mirip Fathia dilihat hanya bertuala ketika muncul di siaran Bigo secara tidak sengaja dan wajahnya kelihatan lebih jelas.

Bagaimanapun, dalam siaran itu rakan Fathia, Natasha Elyzza dilihat memarahi Netizen yang bertanya sama ada wanita yang berkemban dengan tuala itu Fathia.

Natasya dilihat menegur wanita itu yang dia sedang bersiaran di Bigo Live dan dibalas sambil berseloroh oleh wanita itu:Itulsh pasalnya. jangan main (Bigo Live) kalau aku ada.

Mungkin tidak berpuas hati dengan komen-komen, Natasha juga kemudiannya mengakui wanita itu Fathia sambil bertanya apa masalah Netizen jika benar wanita itu Fathia dan bertanya jika Netizen yang menyaksikan siaran Bigo Live itu mempunyai masalah dengan artis.

Baca artikel sebelum: Video pelakon Natasha Elyzza belanja sisi payudara sambil menari seksi, netizen dakwa gadis disebelahnya bukan Fathia Latiff

Video itu boleh ditonton di bawah:

Sejak semalam, rakaman video Bigo Live Natasha Elyzza yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara tersebar di media sosial menyebabkan Fathia menerima kecaman hebat di Instagram.

Bagaimanapun, Fathia mengambil pendekatan tidak memberi komen ketika ditanya pemberita sama ada wanita itu benar dirinya.Sumber: Beautifulnara

Read more
CCTV Rakam Kelibat Seorang Lelaki Yang Memanjat Pagar Menceroboh.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Sumber berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam kira – kira jam 3.10 pagi oleh satu daripada puluhan CCTV di pejabat PPIM.Katanya, suspek lelaki berpakaian T shirt biru dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui perkarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Ketua Aktivis PPIM berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.

“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Menurutnya, polis sedang meneliti hampir 30 cctv di pejabat berkenaan yang dipercayai boleh memberi petunjuk kepada kejadian kebakaran itu.Katanya, sejak semalam hingga ke waktu sidang media diadakan, sepasukan polis sedang meneliti semua rakaman itu.

Katanya, kedudukan cctv di sekitar pejabat PPIM bersebelahan pusat tahfiz itu boleh merekodkan situasi yang berlaku sebelum dan sewaktu kejadian.”CCTV ini menampakkan hampir semua sudut pusat tahfiz termasuk Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang bangunan ini.

“Semakan mendapati bermula jam 7 malam hingga 12 tengah hari, terdapat belasan individu berlegar di sekitar taman dan polis sedang menyiasat keberadaan mereka yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini,” katanya.

Menurutnya, banyak pihak yang tular di media sosial dengan mendakwa kejadian kebakaran itu ada kaitan dengan kegiatan PPIM.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkin termasuk unsur khianat dan dendam. Biar polis siasat dari semua aspek.”Kita menunggu petunjuk tetapi perasaan dendam itu ada kemungkinan dan ia perkara baru untuk PPIM, ” katanya.

Read more
ALHAMDULILLAH!! Selesai Sudah Anak-Anak Tahun 6 Menduduki UPSR

Sayu membaca kisah inspirasi dari Cikgu Hussayn, mengenai seorang pelajar tahun enam yang tabah menghadapi peperiksaan UPSR dan dalam masa yang sama terpaksa menerima pemergian bapanya. Sungguh ianya sesuatu yang sukar untuk dihadapi.

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah anak-anak Tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yang saya tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di mana seorang anak murid saya yang kental jiwa dan kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan.

Allahu, hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yang dipakai ke kubur ayahnya sebentar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan di sana.

Sebelum itu pada jam 8.15 pagi, dia juga hadir untuk menjawab soalan Sains Kertas 1. Kemudian bergegas pulang untuk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir dan menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sebelum jenazah ayahnya dikebumikan.

Inilah wajah anak didik yang saya maksudkan. Namanya Azri Haziq bin Hairul Saleh. Mari sama-sama kita doakan dia tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Doakan dia berjaya suatu hari nanti dan doakan juga ayahnya iaitu almarhum En. Hairul Saleh ditempatkan bersama golongan beriman. Aamiin.

Buat Azri Haziq yang cikgu sayang, andai suatu hari nanti Azri baca catatan ini, cikgu nak Azri tahu yang cikgu bangga dengan kputusan yang Azri buat untuk terus menduduki UPSR kerana tak ramai di luar sana mampu menghadapi dan melakukan apa yang Azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama Azri hari ini di rumah dan sekolah serta semalam di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yang takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.

Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah Azri mnjadi pendorong dan pmbakar semangat buat kawan-kawan di luar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu dan banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yang mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa-apa masalah boleh datang jumpa cikgu pada bila-bila masa. Respect! Salute! UiLove!

Read more
Pusat Tahfiz Terbakar : Apa Yg Anjing Pengesan Jumpa Mengejutkan Bomba !!

PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin kerana perbuatan khianat.Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran disebabkan litar pintas.

Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.
Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama itu melalui pintu.

Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu, katanya.Silinder itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pagi tadi berkata polis mengesyaki litar pintas punca kebakaran itu.

Namun menurut Khirudin, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke sekolah hari ini mendapati tiada tanda-tanda litar pintas atau beban lebih pada output elektrik.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada seseorang yang bekerja atau belajar di sekolah tu, beliau berkata bomba belum menyiasat kemungkinan itu.

Kita perlu tunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan, dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.

Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran,” katanya.Menurut AFP, kebakaran tercetus di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.Bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dipadam dalam tempoh 1 jam tetapi kebakaran itu menyebabkan kesan bencana yang buruk.

Pegawai bomba di tempat kejadian berkata kebakaran tercetus di bilik tidur awal pagi tadi, dan bomba dari balai berhampiran berada ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit.

Read more