Kisah Viral

Marah Sebab Di Tuduh Mandul, Akhirnya Adik Ipar Yang Jadi Mangsa !!

Hanya kerana tidak tahan serta marah di tuduh mandul, seorang lelaki berusia 30 tahun sanggup memperkosa adik iparnya sendiri sehingga mengandung 4 bulan sekaligus membuktikan dakwaan isteri terhadapnya tidak benar.

Perbuatan biadap itu dipercayai dilakukan suspek sejak oktober tahun lalu, mangsa yang berusia 15 tahun itu di nodai setiap kali ada kesempatan.

Kejadian tersebut terbongkar selepas kakak mangsa membawa adiknya itu ke klinik kerana mengadu sakit perut, setelah di siasat dan di pujuk akhirnya mangsa mengaku kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis di sini pagi tadi.

Bagaimanapun suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berjaya di tahan oleh polis tengah hari tadi atas maklumat ahli keluarga.Menurut cerita mangsa, beliau di ugut akan di bunuh jika kemahuan suspek tidak dipenuhi.

selain dari dipaksa melakukan hubungan luar tabii mereka juga sudah melakukan hubungan intim sebanyak lapan kali dan kesemuanya itu berlaku tanpa kerelaan mangsa.

Read more
Bomba Dedah Perkara Pelik Yang Mereka Temui Semasa Siasatan !!

KUALA LUMPUR: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi tadi.– BERNAMA

Read more
SAYU!! Ustaz Sekolah Tahfiz Meninggal Rupanya Baru Seminggu Berkahwin.

TIADA kata-kata yang boleh digambarkan buat Noor Fatihah Osman, 23, apabila kehilangan suami yang baru seminggu dinikahinya, selepas ditemui maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpu, hari ini.Suaminya, Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, merupakan seorang guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata setiap hari Allahyarham akan menghubungi isterinya yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu telah meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian menimpa suaminya itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.Asmah berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan kepada keluarganya.

Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lalu,” katanya.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat orang lain, beliau akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.Wartawan bagaimanapun, gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah berhubung tragedi itu.Sumber: Harian Metro

Read more
SAYU!! Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit !!

Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur. (Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) – Facebook) Satu insiden menyayat hati berlaku awal pagi tadi apabila lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur terkorban dalam kebakaran.

Beberapa orang ramai yang juga saksi kejadian cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tingkat dua sekolah tersebut tetapi gagal membawa mangsa keluar akibat api yang marak. Saksi, Babul Amir menyatakan dia meluru masuk ke dalam bangunan tersebut dan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan ternampak dua pelajar terbaring di atas katil, seperti dilaporkan Berita Harian.

Seorang lagi saksi kejadian, Baharuddin Sudin menyedari kebakaran pada jam 5.15 pagi turut mendengar jeritan mangsa meminta tolong dari tingkat dua dan melihat api sedang marak.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa dengan membantu memecahkan cermin tingkap dan memanjat keluar menggunakan saluran paip di tepi bangunan.

“Perkara yang amat memberi kesan kepada saya ialah apabila bunyi jeritan meminta tolong itu tiba-tiba senyap lebih kurang lima minit selepas asap hitam keluar,” katanya.

Kira-kira 20 pelajar terbabit terselamat manakala lebih 20 pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru terkorban. Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur.

Read more
Ini Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Yang Mengorbankan 20 Pelajar

Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran lttifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran yang berlaku di tengah bilik.

Kemungkinan mangsa yang terperangkap cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.

Namun begitu, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut.

Sumber: Bomba

Read more
Harap Muka Cantik, Tapi Sayang Sudah Dibuka ‘SEMUANYA’ !!

Sedih betul melihat perangai anak muda sekarang ni, sia-sia jer mak bapak dorang didik supaya jadi insan berguna. Tak cukup dengan tu, dihantar pulak ke sekolah untuk menambahkan pengetahuan.

Tapi anak-anak ke ‘laut’ juga akhirnya! Anak perempuan yang baru nak meningkat dewasa pulak, perasan dah besar sangat dan pandai jaga diri, tapi bila besar dah pandai nak tunjuk semuanya pada orang ramai.

Pasal maruah tu tak payah cakap lah yer, maruah bukan benda penting nak dijaga lagi. Macam minah sorang ni, bangganya dia muat video dirinya untuk tatapan umum.

Alahaai dik! Macam mana lah perasaan mak bapak dia kalau melihat video tu yer??Sedih dan kecewa sangat dorang, mak bapak mana lah suka melihat anak dorang hanyut macam tu, betul tak?? Hurmm.. Tapi itu lah, anak-anak yang berperangai macam tu bukan nak fikir perasaan mak bapak dorang.

Macam lah perangai dorang tu yang akan menjamin masa depan dan syurga buat dorang! Menambahkan dosa ada lah, bengong!Tak cukup muat naik video macam tu, lepas tu pandai pulak dia pesan bagi siapa yang tak suka tengok video tu, tak payah komen dan jangan berlagak nak jadi ustaz atau ustazah bila komen video dia.

Poyo jer minah senget tu yer, komen-komen tu semua nak sedarkan dia jer daripada hanyut lebih jauh. Tak payah lah nak kerek sangat yer!Lagi satu, orang lain pun sakit mata dan menyampah melihat perangai sarkas pasangan yang tak tahu malu macam kau, tau tak??

Read more