Kisah Viral

Loading... 19/07/2017 – Semua orang tidak terkecuali sukakan kecantikan, termasuklah lelaki. Mereka memang suka melihat sesuatu benda yang cantik seperti perempuan cantik dan seksi.... Delima Seorang Isteri Kerana Suami Suka Layan Gambar Perempuan Seksi.
Loading...

19/07/2017 – Semua orang tidak terkecuali sukakan kecantikan, termasuklah lelaki. Mereka memang suka melihat sesuatu benda yang cantik seperti perempuan cantik dan seksi. Bagi sesetengah lelaki apabila sudah ada rezeki depan mata wanita cantik dan seksi apa salahnya untuk melihat.Tetapi, sebagai lelaki beragama Islam tundukkanlah pandangan dan janganlah melihat sesuatu benda yang seksi sehingga boleh menaikkan nafsu syahwat. Jika anda sudah bernikah mengapa masih lagi memandang sesuatu yang haram sedangkan sudah ada yang halal.

Tetapi, itulah yang sering berlaku pada pasangan suami isteri. Apabila sudah ada pasangan yang halal tetapi masih lagi suka memandang sesuatu yang haram. Wanita ini buntu dengan sikap suaminya yang suka melihat gambar wanita yang seksi.Suami saya baik, bertanggungjawab, penyayang, pelawak, solat, memberi nafkah dan semua baik. Kami kahwin sudah setahun lebih ada anak seorang yang comel. Saya selalu check telefon suami saya memang dia tak ada mesej dengan perempuan lain dan saya pun tak ada curiga langsung dengan suami saya.

Masalah dia satu saja, dia suka tengok gambar perempuan seksi. Mantap atas dan bontot yang mantap dan berisi. Dulu pernah kena marah dengan saya sekali. Tapi sekarang buat lagi, dia simpan gambar itu. Bila saya tanya perlu ke saya jadi macam itu dia cakap tak payah cuma jadi diri sendiri dan dia sayangkan saya seadanya.Lelaki suka macam itu ke? Saya dah mula tawar hati dan bila saya check ada lagi gambar perempuan seksi saya cakap dalam hati ‘lantak hang lah cukup masa aku angkat kaki’.

Wahai suami apa yang awak nak sebenarnya. Cakap terima seadanya tapi kenapa yang haram menjadi pujaan mata awak. Tapi saya terima dia seadanya, baik buruk dia sikit saya tak kisah.Saya tak pernah puas sepanjang bersama dengan suami. Dia tak pernah puaskan saya bila atas katil, game over 10 minit dan itu saja. Tapi, saya tak pernah merungut. Saya ada nafsu juga tapi kenapa saya boleh terima dia? Sebab saya sayangkan suami,”katanya. MissA/UtaraNews.com

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares