Demi iPhone 8, Gadis 17 Tahun Sanggup Gadai Maruah Jual Dara

Setiap manusia mempunyai keinginan dan cita-cita yang tersendiri untuk memiliki sesuatu yang menjadi idaman hati. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian yang selama ini diidamkan walaupun diri sendiri ditukar ganti.Inilah yang terjadi kepada seorang gadis remaja yang tinggal di Beijing ini apabila sanggup merelakan maruah dirinya digadaikan demi untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 8 yang menjadi idaman ramai.

Kisah gadis berkenaan telah dikongsikan oleh seorang Vlogger yang dikenali sebagai Nana yang menginginkan kisah sebegini dijadikan iktibar kepada semua remaja perempuan di luar sana yang mungkin akan menghadapi permasalahan yang sama.Menurut laporan NextShark, gadis itu berusia 17 tahun yang bernama Xiao Chen dikatakan telah dikenakan dalam satu prank yang telah dirancangkan untuk memberikan pengajaran kepadanya.

Xiao dikatakan telah membuat tawaran untuk menggadaikan daranya menerusi satu entri di internet dengan harga 20,000 Yuan (RM31,343) hanya disebabkan berkeinginan untuk memiliki sebuah iPhone 8.Entri tersebut telah dilihat oleh Nana lalu dia merancang untuk membuat rakaman berkaitan dengan sikap remaja terbabit dan turut mengaturkan pertemuan bersama Xiao dengan membuat penyamaran sebagai seorang pembantu peribadi bagi seorang usahawan yang kaya raya.

Ketika pertemuan tersebut, kru rakaman video tersebut turut merakamkan perbualan mereka dan Xiao telah berkata kepada Nana bahawa dia begitu teruja untuk memiliki telefon iPhone berkenaan.“Semua kawan saya sudah membeli iPhone 8. Saya juga mahu beli satu. tetapi saya tidak mempunyai banyak wang.”

Xiao juga telah membuat pendedahan tentang seorang pelajar yang pernah melakukan ‘kerja’ tersebut dan dikatakan berjaya akhirnya sehingga membuatkan dia percaya dan ingin melakukan perkara yang sama.“Saya dengar, ada pelajar di sekolah berjaya dapatkan 20,000 dengan kerja ini.”

“Saya hanya perlu baring (atas katil) sahaja kan? Selepas itu, ianya berakhir dengan pantas. 20,000 dan kita dapat apa yang kita sama-sama mahukan. Saya dah fikir masak-masak.”

Kemudiannya, Nana turut berpura-pura dengan mengaturkan pertemuan Xiao dengan majikannya yang kaya raya itu.Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan Xiao berada di dalam sebuah bilik bersama dengan seorang lelaki iaitu pelanggannya yang dilihat telah meneyrahkan iPhone 8 kepada Xiao.

Dengan sangkaan perkara tersebut akan berakhir dengan mudah, Xiao kelihatan terkejut selepas lelaki terbabit telah memanggil tiga orang individu yang dilihat keluar daripada tandas dalam bilik berkenaan. Kesemua lelaki itu dilihat tidak mengenakan sebarang baju dan salah seorang daripada mereka turut memegang kamera untuk merakamkan aksi Xiao dan pelanggannya di ranjang.

Kerana terkejut dan panik dengan keadaan itu, Xiao dilihat cuba untuk keluar daripada bilik tersebut, namun lelaki-lekai yang berada bersamanya itu telah berjaya menggenggam tangan Xiao dan telah menjatuhkan Xiao ke atas katil. Ketika itu Xiao berada di posisi baring dan dilihat berusaha untuk melepaskan dirinya selepas tangan dan kakinya itu digenggam erat oleh kesemua lelaki berkenaan.

Drama tersebut terhenti apabila Nana keluar menunjukkan dirinya membuatkan Xiao kelihatan lega tetapi di dalam situasi yang agak keliru. Dalam kesempatan itulah Nana telah menasihatkan Xiao yang menyebabkan Xiao menangis teresak-esak. Nan dilihat meneruskan ceramahnya selepas meminta kesemua individu yang berada di dalam bilik tersebut keluar dengan segera.

Para netizen yang telah menonton rakaman video itu dilihat amat berterima kasih terhadap Nana serta bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Nana dengan niat untuk memberikan pengajaran kepada semua remaja di luar sana.Sumber: Media Maklumat