Doa Scha Alyahya Pada Hari Lahirnya Genap 34 Tahun

Kelmarin genap 34 tahun usia pelakon popular Scha Alyahya.

Tidak ada yang lebih menggembirakan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya apabila ulang tahun itu diraikan bersama suami, anak, keluarga dan rakan terdekat.

Apa yang pasti, sempena hari lahirnya itu Scha berdoa agar ikatan perkahwinan bersama suami yang juga pelakon dan pengacara, Awal Ashaari terus berkekalan serta dimurahkan rezeki.

“Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Setiap hari saya berdoa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan baik dan kebahagiaan rumah tangga.

“Soal hadiah itu perkara kedua kerana apa yang lebih penting adalah suami, anak dan keluarga. Mereka sentiasa ada bersama dan tidak pernah putus memberi sokongan dalam apa jua yang saya lakukan,” katanya.