Kisah Viral

Loading... BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula satu lagi video dua pelajar sekolah menengah bertumbuk yang... Dua Pelajar Sekolah Menengah Bertumbuk Tular Di Media Sosial
Loading...

BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula satu lagi video dua pelajar sekolah menengah bertumbuk yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1.15 saat itu memaparkan aksi dua remaja yang dipercayai pelajar sekolah sedang ‘gigih’ bertumbuk sesama mereka di sebuah taman permainan.

Pergaduhan dua remaja itu disaksikan sekumpulan pelajar sekolah yang bersorak seolah-olah memberikan sokongan namun tiada seorang pun membantu meleraikan pergaduhan itu.

Video tersebut menjadi tular di laman sosial dan menimbulkan ketakutan netizen serta mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan polis sedang menyiasat rakaman video membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah yang didakwa berlaku di Mantin, Negeri Sembilan dan tersebar di Facebook.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin.

“Kita belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu, namun siasatan sudah dimulakan sebaik menerima maklumat mengenainya.

“Kita juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares