Kisah Viral

Loading... Pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat ;perhatian umum apatah lagi melibatkan satu perkara yang amat sensitif iaiu melibatkan sah pernikahan.Isu... Imam Besar Dan Pengarah JAIS Sudah, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan.
Loading...

Pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat ;perhatian umum apatah lagi melibatkan satu perkara yang amat sensitif iaiu melibatkan sah pernikahan.Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Imam Besar dan juga pengarah JAIS.Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli turut tampil memberikan pendapatnya.

Ini kenyataan penuh daru Mufti Wilayah Persekutuan:

Melihat kepada fenomena yang tidak sihat berlaku dalam masyarakat tentang isu perceraian ini, kami tujukan nasihat ini kepada pihak-pihak berikut.Nasihat Kepada Pasangan Suami dan Isteri.Islam mengajar umatnya agar memelihara hubungan perkahwinan dengan cara yang baik dan pembubaran juga dengan cara yang baik. Ini jelas seperti mana maksud ayat dalam Surah al-Baqarah, “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”

Imam al-Maraghi menyebut dalam Tafsir-nya (1/488) terhadap maksud “menceraikan dengan cara yang baik”:“Sewajarnya si suami tidak menceritakan keburukan dan kehormatan diri bekas isterinya kepada orang lain, sehingga orang lain menjauhi (bekas isteri), jika dia mahu berkahwin lagi dengan lelaki lain. Sikap menceritakan keburukan bekas isteri merupakan satu kesilapan besar dalam ikatan yang pernah berlaku di antara mereka berdua.

Antara point yang diberi ialah:

-Mendaftarkan perkahwinan dan penceraian mengikut saluran sah
-Membuka aib tidak menyelesaikan masalah
-Elakkan menulis sangkaan belum pasti
-Elakkan memberi komen di media sosial

Penentuan agama secara bertahap dalam masalah talak ini menunjukkan kasih sayang Islam menangani persoalan kemasyarakatan yang memberi hasil kebaikan keluarga dan pendidikan anak-anak, membimbing fikiran dan kehidupan yang stabil. Oleh itu, dapat mewujudkan kerjasama ibu bapa dalam membetulkan kesilapan dan memaklumkan kepada mereka tentang perhatian orang tua sebaik-baiknya, setiap ibu bapa melaksanakan tugas sesuai pada tempatnya.

Dalam konteks hari ini, cara ihsan itu termasuklah dengan mendaftarkan perkahwinan dan perceraian mengikut saluran yang sah lagi menjaga maslahat dan menolak mudarat pasangan khususnya pihak wanita. Ini termasuklah proses dokumentasi. Ini kerana kaum wanita perlu memerhatikan waktu iddah, tidak boleh menerima lamaran dan diharamkan untuk berkahwin dengan orang lain dalam tempoh tersebut. Kegagalan pasangan khususnya bekas suami untuk mendaftarkan perceraian dan mendapatkan dokumen pengesahan mempunyai risiko mudarat bagi pihak bekas isteri jika dia ingin berkahwin dengan orang lain selepas iddah tamat.- Berita Memey !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares