Kisah Viral

Loading... Sejak kes kematian penuntut UPNM mula hangat diperkatakan dari 2 minggu lalu, banyak cerita daripada pelbagai versi timbul di media. Selain pemberita yang... Kau Tipu Aku Ya?Kata Doktor Di Depan Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan
Loading...

Sejak kes kematian penuntut UPNM mula hangat diperkatakan dari 2 minggu lalu, banyak cerita daripada pelbagai versi timbul di media. Selain pemberita yang bertugas mencari maklumat dari sumber kejadian, netizen pula menjadi penyiasat dengan melihat profil mangsa dan suspek terlibat dalam kes tersebut.

Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini masih banyak persoalan yang timbul berbanding jawapan yang dicari. Selain kumpulan pelaku, doktor di klinik swasta yang merawat Zulfarhan pula menjadi topik bualan netizen.

Sehinggalah semalam satu artikel mengenai cerita dari pihak doktor tersebut mula tersebar di media sosial.

Walaupun doktor tersebut telah menjelaskan dia sudah menulis surat rujukan ke hospital sebanyak dua kali dan bantuan ambulans kepada pesakit, ramai yang masih menimbulkan persoalan bagaimana doktor itu masih tidak mengecam kecederaan Zulfarhan adalah daripada kesan buli?

Bagi mengelakkan tohmahan kepada doktor itu berterusan, Warga Prihatin yang mengenali dan telah berjumpa doktor tersebut tampil menjernihkan isu sebenar disebalik apa yang berlaku di klinik berkenaan.

Namun, kecederaan yang sepatutnya boleh dirawat dengan mudah menjadi parah setelah mangsa “disimpan” di rumah. Akhirnya, doktor itu hanya mengetahui cerita sebenar setelah mangsa dihantar buat kali kedua. Dalam penjelasan dibawah ini sebenarnya persoalan yang timbul telah terungkai.

Orang yang baik memang senang tertipu. Doktor itu mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berhadapan dengan media. Namun, penjelasan ini sudah cukup menjelaskan cerita sebenar apa yang berlaku ketika rawatan awal di kliniknya.
 
Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares