Kisah Viral

Loading... Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui terkejut apabila ada pihak berasa kurang senang dengan keputusan yang diambil untuk berkahwin bersama pelakon Elfira Loy.Menurut Sufian, 25,... Kenapa Pertikai Keputusan Saya Untuk Berkahwin – Sufian Suhaimi!!
Loading...

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui terkejut apabila ada pihak berasa kurang senang dengan keputusan yang diambil untuk berkahwin bersama pelakon Elfira Loy.Menurut Sufian, 25, kritikan diberikan oleh netizen di laman sosial memberi sedikit tekanan kepadanya yang akan mengikat pertunangan pada 6 Oktober depan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa orang di luar sana mempertikaikan keputusan saya untuk berkahwin pada usia muda.Perkara itu juga telah membuatkan saya berasa tertekan namun saya enggan mengambil serius terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh mereka.

Saya anggap perkara itu sebagai dugaan bertunang kerana ia merupakan ujian untuk buat benda baik.Tipu la kalau saya kata perkara ini tidak memberi tekanan namun saya bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan banyak memberi sokongan mengenai keputusan untuk berkahwin,” katanya kepada Astro Gempak.

Sufian berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun ke-10 rangkaian restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall, Ampang pada Rabu.

Pada majlis itu, Sufian juga mengumumkan bakal bertunang dengan Elfira, 23, di kediaman keluarganya di Cheras, pada 6 Oktober depan.Sebelum ini, Sufian dan keluarga telah menghantar rombongan merisik di rumah keluarga Elfira lebih tiga bulan lalu. Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi/Sumber: Astro Gempak !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares