Kisah Viral

Loading... Pelakon Malaysia yang menempa nama di Indonesia, Ashraf Sinclair telah ditahan pihak polis, enam hari yang lalu, di negara republik itu.Perkara tersebut didedahkan... Kerja Buat Do[s]a, Ashraf Sinclair Ditahan Polis Di Indonesia
Loading...

Pelakon Malaysia yang menempa nama di Indonesia, Ashraf Sinclair telah ditahan pihak polis, enam hari yang lalu, di negara republik itu.Perkara tersebut didedahkan Ashraf di laman sosial Instagramnya dengan memuat naik foto tangannya dikilas ke belakang oleh seorang lelaki berjaket hitam.

Pada entri tersebut Ashraf telah menulis kapsyen, “lain kali jangan buat Do[s]a”.Agak pelik apabila Ashraf mengeja perkataan dosa begitu dan selepas kami selidik, rupa-rupanya ia hanyalah salah satu babak untuk drama mini siri berjudul Do[s]a yang sedang menjalani penggambaran di Indonesia.

Selain Ashraf, pelakon yang turut membintangi drama mini siri Do[s]a ialah Remy Ishak, Hisham Hamid, Reuben Elishama, Shenthy Feliziana (bekas pengacara HLive!) dan ramai lagi.Lebih menarik lagi drama aksi ini turut membawakan Cecep Abdul Rahman sebagai kareografer seni mempertahankan diri yang bertanggungjawab mengajar para pelakon menguasai seni silat dalam Do[s]a.

Selain menggabungkan pelakon dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dan membawa guru terbaik dalam seni mempertahankan diri, Do[s]a turut diarahkan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah.Drama mini siri Do[s]a sudah mula menjalani penggambaran sejak Jun lalu dan dijangka menemui para penonton di Astro tidak lama lagi. – Sumber

Bacaan Popular Lain :

Shares