Kisah Viral

Loading... Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.Majlis... Kisah Benar, Bakal Suami Saya Menghilang Di Hari Pernikahan.
Loading...

Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup² membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti² sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul, Ya Allah… lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat² batalkan majlis sanding yang sepatutnya di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat² tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang. Kisah sepenuhnya di sini !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares