Kisah Viral

Loading... Sesiapa pun tidak menduga bahawa wanita yang kelihatan sopan dan alim rupanya mempunyai peribadi yang sangat teruk, apatah lagi apabila cuba untuk meruntuhkan... Luahan Hati Isteri Yang Dikhianati Oleh Rakanya Sendiri Yang Berwatakan Sopan.
Loading...

Sesiapa pun tidak menduga bahawa wanita yang kelihatan sopan dan alim rupanya mempunyai peribadi yang sangat teruk, apatah lagi apabila cuba untuk meruntuhkan rumahtangga rakan baik sendiri dengan menghantar gambar-gambar lucah kepada suaminya.

Kisah yang hendak dikongsikan ini akan membuatkan para isteri sama sekali tidak termakan kata-kata manis si suami. Mungkin ada dikalangan suami yang benar-benar setia dan sangat penyayang, namun kisah ini pula si suami nampak sahaja penyayang, namun mempunyai niat yang tidak baik disebalik kelakuan romantiknya itu.

Yang paling menyakitkan hati, apabila suami diketahui telah terlanjur dengan rakan baik sendiri! Isteri mana yang mampu menahan diri dari diperbodohkan dengan kelakuan romantik namun bersebab.

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Ailopa (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar J, Sandakan dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila aku memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua.

Pada mulanya, Ailopa menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dan sedih dengan kisah rumahtangga sebelumnya.

Tetapi setelah beberapa bulan, Ailopa menyatakan bahawa hatinya telah terbuka untuk menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang,warak dan budiman

Abang ipar menghantar risikan dengan mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Ailopa kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Ailopa terletak tidak jauh dari rumah keluargaku.

Yang aku tak sangka,Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Ailopa, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal iparnya.Lagipun Ailopa merupakan seorang guru, suami menyatakan bahawa,dia ingin menanyakan sesuatu tentang pendaftaran anak ke sekolah.

Sejurus sebelum hari merisik, Ailopa tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan asal.

Sebentuk cincin dibawa untuk merisik. Pada hari kejadan, banyak kali call Ailopa namun tidak berjawab.Sepatutnyanya pada hari tersebut Ailopa akan sampai ke rumah orang tuanya, namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Hajat abang ipar disampaikan kepada orang tua Ailopa dan cincin ditinggal kepada keluarganya.

Aku pula jalani kehidupan harian seperti biasa, namun… pada suatu hari aku terlihat secara tidak sengaja log call nombor yang sama berulang kali dan tesenarai dalam favorite number hp suami.Dari situ aku mula menyelidik dan hasilnya sangat tidak ku sangka.Ku sangka kambing tapi rupanya babi hutan yang menganggu kebun ku.

Rupanya suami ku sedang angau bercinta dengan perempuan bernama Ailopa tu, kawan ku sendiri yang ingin dijodohkan dengan abang ipar. Patutlah suami berlagak sangat manja dengan ku kebelakangan ini. Rupa-rupa ada sesuatu.

Perasaan sedih, kecewa, pilu dan sumpah makian semuanya tersembur keluar dari mulut ku. Sanggup kawan yang ku anggap baik lagi muslimah mengoda suami ku.Setiap hari suami ku akan dibekalkan dengan gambar-gambar menghairahkan separuh bogel, sebelum dia pergi bertugas di sekolah. Tiada maruah dan jijiknya aku melihat tindakan Ailopa yang sangat terdesak mengoda lelaki dengan kata-kata manja dan gambar lucahnya.

Lebih teruk dari pelacur, kerana pelacur terang-terangan berlagak pelacur tapi dia pada pandangan umum adalah ibu, guru dan wanita muslimah baik bertutup litup berstokin bagai. Tidak mustahil mereka telah melakukan seks bersama, melihat kepada bait-bait kiasan message mereka.

Mungkin semua lelaki yang ingin bersamanya dilayan begitu dan bagiku dia sangat berani memberikan gambar-gambar lucah diri sendiri kepada lelaki. Kesian orang tua Ailopa, beriya memuji dan memberitahu kami bahawa Ailopa itu anak mereka yang paling bagus, baik dan tidak banyak buat masalah.

Dari message-message mereka dapat ku agak mereka sehati ingin hidup bersama dan sama-sama berpakat untuk menipu aku, jika aku mengsyaki mereka. Suami pun menyatakan rasa menyayangi Ailopa dan sanggup menjaganya dan anak-anak. Tergamaknya suami ku yang hari-hari mencium ku dan mengucapkan ‘I love you’ pada ku, rupa-rupanya merancang hidup bersama perempuan lain dibelakang ku.

Jika mereka ingin hidup bersama maka biarlah aku undur diri. Semua gambar-gambar dan bukti aku simpan untuk ke Mahkamah. Ketika cerita ini ditulis, abang ipar masih belum tahu tentang kisah adik kandungannya ini dengan tunang tak jadinya tu.”

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares