Kisah Viral

Loading... STOCKHOLM: Manchester United menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 pada aksi final, awal pagi ini. Kejayaan itu sekali gus melayakkan United... Manchester United Juarai Liga Europa Menewaskan Ajax Amsterdam 2-0
Loading...

STOCKHOLM: Manchester United menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 pada aksi final, awal pagi ini.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan United bertanding di pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Aksi final di Friends Arena, Stockholm, Sweden itu dimulakan dengan upacara menghormati korban ledakan bom di Manchester beberapa hari lalu.

United membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Paul Pogba untuk mendahului kelab dari Belanda itu. Masuk babak kedua, United mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-48.

Ajax mendapat peluang jaringan pada minit ke-70 apabila bola terkena tangan Mkhitaryan, namun tendangan percuma di luar kotak penalti oleh Hakim Ziyech terkena benteng pemain United.

Kemenangan itu juga adalah trofi ketiga United di bawah pengurusan Jose Mourinho musim ini.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares