Kisah Viral

Loading... Pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim mengakui ketawa besar selepas mendapat tahu mengenai kenyataan Siti Nordiana mengenai gandingan mereka dalam telefilem Cakelat Semanis Honey.Fikry... Nana Kata Nak Muntah, Giliran Fikry Ibrahim Pula Beri Jawapan Balas!!
Loading...

Pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim mengakui ketawa besar selepas mendapat tahu mengenai kenyataan Siti Nordiana mengenai gandingan mereka dalam telefilem Cakelat Semanis Honey.Fikry ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia juga kekok apabila terpaksa menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ dan ‘awak’ ketika bersama Siti Nordiana.

“Kalau dia nak muntah, saya pula memang tak boleh nak tengok muka dia langsung! Sumpah, saya asyik nak ketawa saja.“Memang kekok, sebab selama ini saya panggil dia ‘Kak Nana’, tiba-tiba kena bercinta pula. Nasib dia tahu mengawal saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia kesal apabila ada netizen yang menghentam Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu kerana ‘kenyataannya’ itu.

“Rileks lah…dia bergurau saja. Saya sendiri pun tak kisah, kenapa orang lain perlu perbesarkan isu tersebut?“Macam kita bergurau dengan kawan-kawan di kedai kopi atau adik-beradik kita lah kan…benda biasa sahaja tu,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Fikry bakal muncul sebagai peserta Super Spontan Superstar 2017 bersama kumpulan King Musang yang diketuai oleh Shuib.

Super Spontan Superstar 2017 bakal menemui penonton setiap Jumaat, bermula 8 September ini jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).Super Spontan Superstar 2017 dibawakan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang. Sumber: Astro Gempak

Bacaan Popular Lain :

Shares