Kisah Viral

Loading... BATU PAHAT – Baru sebulan berkenalan, seorang lelaki berusia 21 tahun berani membawa seorang wanita berusia 25 tahun untuk bermalam bersama di bilik... PANAS !!! Wanita ini ditangkap bersama seorang lelaki bangla di sebuah hotel!!
Loading...

BATU PAHAT – Baru sebulan berkenalan, seorang lelaki berusia 21 tahun berani membawa seorang wanita berusia 25 tahun untuk bermalam bersama di bilik sebuah hotel.

Namun, keghairahan pasangan berkenaan terbantut apabila dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) ketika melakukan operasi cegah maksiat dilakukan di hotel bajet dan rumah tumpangan di daerah ini.

Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif berkata, semasa serbuan dilakukan, pasangan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuka pintu bilik hotel.

Katanya, sebaik pintu dibuka pasangan ini telah berpakaian lengkap dan memberikan alasan tidak sempat melakukan apa-apa kerana baru sahaja memasuki hotel.

“Walau apa juga alasan yang diberikan, mereka ini telah didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel dan berada dalam keadaan yang mencurigakan di mana mereka ini akan turut didakwa.

“Mereka juga menyatakan alasan yang lelaki berkenaan baru sahaja terlibat dalam kemalangan kecil semasa menunggang motosikal dan masuk ke bilik hotel berkenaan.

“Dalam masa yang sama, wanita berkenaan pula menyatakan alasan dia telah terlepas bas untuk ke Johor Bahru dan telah mengambil tiket awal pagi seterusnya bermalam di hotel bajet ini,” katanya.

Lebih mengejutkan pihaknya, beliau berkata, lelaki berkenaan juga pernah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jaij kerana melakukan kesalahan yang sama tetapi dengan pasangan yang berbeza

Katanya, pasangan berkenaan bersama dua lagi pasangan lain ditahan untuk siasatan dan ketiga-tiga pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 27(1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan sememangnya akan mensasarkan hotel bajet dan rumah tumpangan kerana ia menjadi lokasi kegemaran pasangan untuk melakukan maksiat.

“Kita berharap operasi yang dijalankan secara berterusan ini akan membuka mata masyarakat supaya kegiatan seperti ini memberikan pengajaran dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat perlakuan yang mencurigakan,” katanya.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares