Kisah Viral

Seringkali apabila kita berpuasa, atau kita mengamalkan diet, ataupun mungkin mengamalkan pemakanan yang tidak sempurna, iaitu selalu “skip meals” atau tidak memakan pada waktu... Petua Hilangkan Gastrik Dengan Cepat Dan Sihat Dengan 10 Cara

Seringkali apabila kita berpuasa, atau kita mengamalkan diet, ataupun mungkin mengamalkan pemakanan yang tidak sempurna, iaitu selalu “skip meals” atau tidak memakan pada waktu yang sepatutnya, seperti tidak mengamalkan sarapan pagi, tidak makan pada waktu tengahari dan sebagainya, kemungkinan besar anda akan mengalami sakit perut atau gastrik. Perut anda akan merasa sakit atau tidak selesa dan anda juga mungkin mengalami simptom-simptom lain seperti pedih ulu hati atau “heartburn”, mabuk, mual atau “nausea” dan perasaan perut kembung. Memang tidak selesa dan ada ketikanya amat menyakitkan sekiranya menghadapi gastrik.

Semestinya apabila ditimpa sakit gastrik, sakit perut dan pedih ulu hati, anda mesti mencari penawar dengan segera sebelum kesakitan tersebut menjadi lebih serius. Mari kita lihat beberapa petua-petua dan kaedah-kaedah untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat.

Petua Hilangkan Gastrik Dengan Cepat Dan Sihat Dengan 10 Cara

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengurangkan atau menghilangkan kesakitan akitbat gastrik. Di sini ada dinyatakan beberapa cara-cara atau petua-petua yang mampu dapat menghilangkan gastrik dengan mengamalkan kaedah-kaedah atau cara-cara dengan cepat dan selamat. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai penyakit gastrik yang kronik, anda adalah amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

1. Chamomile tea

Petua Hilangkan Gastrik

Teh chamomile (chamomile tea) terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile bertindak dalam merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan “contractions” yang menyebabkan gastrik dan sakit perut dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami. Bancuh satu uncang teh chamomille dan minum dan anda akan mendapat kelegaan daripada sakit perut dan pedih ulu hati.

2. Halia

Petua Hilangkan Gastrik

Peranan halia juga sama seperti teh chamomile di mana ia juga mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang juga membantu untuk merehatkan otot-otot di sekitar perut anda dan juga di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga boleh mengeluarkan angin di dalam perut dan membantu juga dalam meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Halia telah terbukti sebagai satu ramuan atau bahan yang boleh menghilangkan gastrik dengan cepat dan sihat, dan ia juga boleh digunakan untuk mengubati kesakitan yang lain. Anda boleh merebus akar halia untuk membuat teh lalu diminum dan ini juga terbukti untuk mengurangkan sakit dan melegakan perut.

3. Botol Air Panas (Hot Water Bottles)

Petua Hilangkan Gastrik

Menggunakan botol air panas (hot water bottles) sebagai tuam untuk diletakkan di atas perut juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan di bahagian perut. Pada masa sekarang memang jarang untuk kita nampak orang menggunakan botol air panas yang diperbuat dari getah yang digunakan sebagai tuam untuk bahagian-bahagian badan yang sakit. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Seeloknya anda boleh menggunakan kain untuk mengalas botol air panas tersebut. Secara optimumnya, baring di tempat yang selesa dan letakkan botol air panas yang dilapik dengan kain di atas perut anda. Cara ini juga dapat membantu untuk me

4. Jus Prun

Petua Hilangkan Gastrik

Mungkin anda tidak tahu tetapi ada kalanya sakit perut atau gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda yang mana anda mungkin rasa perut anda seakan-akan meragam atau berbunyi. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang mana ada tidak dapat membuang air besar dan akibatnya kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi sakit perut, gastrik, dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan perut anda.

5. Makanan Tawar

Petua Hilangkan Gastrik

Walaupun jika anda mengalami penyakit gastrik, ini bukan bermaksud anda tidak boleh makan kerana anda tidak boleh membiarkan perut anda kosong yang mungkin menjadi punca penyakit gastrik tersebut terjadi. Semasa perut merasa sakit akibat gastrik dan apabila perut kosong, makan makanan yang biasa dan tidak pedas serta makanan-makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas atau tajam yang dikhuatiri akan menambah kesakitan pada perut anda.

6. Teh daun pudina / Peppermint tea

Petua Hilangkan Gastrik

Teh daun pudina memang terkenal di antara kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan kesakitan. Daun pudina mengandungi menthol, yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.

7. Air Nasi

Petua Hilangkan Gastrik

Ini adalah satu petua yang jarang diamalkan. Jangan dibandingkan dengan air basuhan beras ya! Ni adalah air daripada nasi yang dimasak. Air nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesakitak akibat gastrik. Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tetapi tambahkan kandungan airnya, seakan-akan anda ingin membuat bubur. Apabila nasi sudah masak tetapi air nasinya masih ada, ambil air tersebut, tunggu sehingga sejuk atau suam, dan minum.

8. Air Limau Panas

Petua Hilangkan Gastrik

Air limau panas selalu diamalkan oleh kaum perempuan yang sedang mengandung kerana kemungkinan sesetengah kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan sakit perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.

9. Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Petua Hilangkan Gastrik

Tentu anda merasa pelik apabila salah satu petua untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat adalah dengan menggunakan apple cider vinegar? Kadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum apple cider vinegar dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik. Sungguhpun begitu, sesetengah orang tidak dapat meminum apple cider vinegar secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan meminummya sedikit demi sedikit.

10. Hati Dan Perasaan

Ingat salah satu cara yang paling penting adalah perasaan,jangan terlalu strest ini akan membuat anda lagi teruk .

Bacaan Popular Lain :

Shares