Kisah Viral

Loading... Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur. (Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire... SAYU!! Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit !!
Loading...

Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur. (Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) – Facebook) Satu insiden menyayat hati berlaku awal pagi tadi apabila lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur terkorban dalam kebakaran.

Beberapa orang ramai yang juga saksi kejadian cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tingkat dua sekolah tersebut tetapi gagal membawa mangsa keluar akibat api yang marak. Saksi, Babul Amir menyatakan dia meluru masuk ke dalam bangunan tersebut dan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan ternampak dua pelajar terbaring di atas katil, seperti dilaporkan Berita Harian.

Seorang lagi saksi kejadian, Baharuddin Sudin menyedari kebakaran pada jam 5.15 pagi turut mendengar jeritan mangsa meminta tolong dari tingkat dua dan melihat api sedang marak.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa dengan membantu memecahkan cermin tingkap dan memanjat keluar menggunakan saluran paip di tepi bangunan.

“Perkara yang amat memberi kesan kepada saya ialah apabila bunyi jeritan meminta tolong itu tiba-tiba senyap lebih kurang lima minit selepas asap hitam keluar,” katanya.

Kira-kira 20 pelajar terbabit terselamat manakala lebih 20 pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru terkorban. Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares