Kisah Viral

Loading... Jefferi Mohd Nor bukanlah selebriti terkenal tetapi namanya mula dikenali apabila video pengakuannya sebagai pondan mula viral. Dalam video itu Jefferi atau dikenali... Semoga Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan – Doa Bekas Pondan
Loading...

Jefferi Mohd Nor bukanlah selebriti terkenal tetapi namanya mula dikenali apabila video pengakuannya sebagai pondan mula viral. Dalam video itu Jefferi atau dikenali Kak Qis memohon maaf kepada pelanggan produknya sambil berkongsi sisi gelap kehidupan sebagai pondan. Tetapi apa yang mencuri perhatian, Jefferi turut menasihati Nur Sajat supaya bertaubat.

“Sebaik melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya. Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan”

“Siapa yang melihat video saya sebelum ini pasti dapat mengagak apa yang dikatakan Nur Sajat ditujukan untuk saya, namun saya tidak mahu melatah dan sudah bersedia dengan setiap kemungkinan sebaik membuat keputusan untuk berhijrah. Inilah yang akan saya hadapi, menerima kecaman daripada pondan lain yang mungkin tidak suka melihat penghijrahan saya”

Kalau dilihat kepada kenyataan Jefferi, beliau seakan mempunyai hubungan rapat dengan Sajat satu ketika dulu hingga digelarkan Cikgu. Namun khabarnya menerusi satu video, Sajat seolah menyindir penghijrahan Jefferi yang dikatakan hanya dilakukan sebagai strategi pemasaran produknya. Malah menggelarkan rakannya itu sebagai orang tua nyanyuk. – Sumber !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares