Kisah Viral

Loading... Berusia 21 tahun, rasanya masih terlalu muda untuk bergelar isteri khususnya kepada lelaki yang sudah mencecah usia 40-an. Saya mengenali lelaki ini pada... Skandal Dengan Suami Orang, Kini Aku Tanggung Akibatnya.
Loading...

Berusia 21 tahun, rasanya masih terlalu muda untuk bergelar isteri khususnya kepada lelaki yang sudah mencecah usia 40-an. Saya mengenali lelaki ini pada saat dia memerlukan saya di sisinya. Sedangkan dia sudah pun punya isteri yang sangat taat kepadanya.Sebelum serius menjalinkan hubungan, saya terlebih dahulu mengenalinya sebagai suami kepada seorang teman. Namun demi keseronokan dan kemewahan yang dicari, saya ketepikan perasaan itu dengan menerimanya sebagai kekasih.Saya hanyalah seorang pekerja biasa di salah sebuah premis dengan gaji yang cukup makan dan amat mustahil untuk saya membeli apa yang saya kehendaki atau inginkan.

Tetapi selepas mengenalinya, saya mampu memiliki telefon bimbit berjenama, komputer riba, kereta malah barang-barang kemas yang semuanya adalah pemberian darinya. Jujurnya saya memang mencintainya malah saya menerimanya dahulu pun kerana merasakan saya kekurangan kasih sayang akibat keluarga bercerai berai.Hampir setahun mengenalinya, empat bulan pertama dahulu, saya pernah ‘kantoi’ dengan isterinya yang berjaya menghidu hubungan kami. Saya sanggup berdepan dengan isterinya untuk menceritakan segalanya namun dihalang lelaki itu.

Dia takut hubungan kami diketahui isteri, malah meminta saya tidak menceritakan apa-apa kepada isterinya. Saya juga dipaksa mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya, apalagi mengaku saya ini kekasihnya.Saya kecewa dengan sikapnya tetapi demi sayang, saya masih memilih untuk bersama. Sehingga saya sanggup menyerahkan mahkota kesucian kepadanya. Semuanya saya lakukan kerana dia berjanji akan mengahwini saya sebagai isteri kedua. Kami merancang bernikah di sempadan kerana dia tidak mahu isteri dan keluarganya tahu hal ini.

Sebagai makluman, teman lelaki saya ini hanyalah seorang pemandu di sebuah syarikat bijih besi. Gajinya mencecah hampir RM8000 sebulan dan ternyata dia memang mampu beristeri dua dengan gajinya itu. Namun hubungan kami sedikit kendur apabila dia mendapat tahu isterinya mengandung.Saya ingin mengundurkan diri daripada hubungan ini. Dia mungkin akan lebih bahagia bersama isterinya. Malangnya, lelaki itu mengugut akan membongkar hubungan kami kepada ayah saya. Mengingatkan tentang ugutannya, saya terpaksa bersabar dan mengikut apa saja kehendaknya kerana tidak mahu hal ini diperbesarkan. Baca sepenuhnya Disini !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares