Kisah Viral

Loading... JAGUH pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan muncul manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara final riben biru Sukan SEA... Tahniah: Khairul Hafiz Jantan Raih Pingat Emas 100 Meter Final
Loading...

JAGUH pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan muncul manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara final riben biru Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Khairul digelar Speedy Jantan, 19, menamatkan saingan merakam masa 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun dalam acara itu.

Juara bertahan dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang melakar 10.43 saat sekadar membawa pulang pingat perak, manakala pingat gangsa pula dimenangi atlet Thailand, Kritsada Namsuwun 10.43 saat.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara pecut pada Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Vietnam menerusi bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad yang merangkul emas berganda dalam acara 100m dan 200m.

Ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memenangi pingat perak acara 100 meter wanita final.

Bacaan Popular Lain :

Shares