Kisah Viral

Loading... Tampil Imej Seksi Dan Agresif Di Usia 58 Tahun, Sherrie AlJunied Sedia Dikecam.Penyanyi kelahiran Singapura, Sherrie AlJunied mengakui sedia dikritik oleh peminat apabila... Tampil Imej Seksi Dan Agresif Di Usia 58 Tahun, Sherrie AlJunied!!
Loading...

Tampil Imej Seksi Dan Agresif Di Usia 58 Tahun, Sherrie AlJunied Sedia Dikecam.Penyanyi kelahiran Singapura, Sherrie AlJunied mengakui sedia dikritik oleh peminat apabila tampil dengan imej yang seksi dan agresif dalam melakukan persembahan.Sherrie atau nama sebenarnya Sharifah Nor Syed Mohd Aljunied, meskipun kini berusia 58 tahun, namun perkara itu tidak menjadi halangan untuk dia beraksi lincah diatas pentas.“Saya tak kisah jika ada yang mengkritik pemakaian saya kerana itu adalah pandangan masing-masing.

“Setiap orang berhak menyuarakan pendapat mereka dan itu merupakan lumrah yang perlu diterima oleh selebriti.“Apa yang saya ingin tunjukkan kepada orang ramai adalah usia bukan menjadi penghalang untuk beraksi agresif di atas pentas.“Saya kembali dalam industri ini bukan untuk meraih populariti sebaliknya ingin menghiburkan orang ramai yang rindukan kemunculan saya semula.

“Populariti ada bonus kepada semua artis kerana bagi saya apa yang penting adalah keikhlasan dalam berkarya,” katanya kepada Astro Gempak.Bercerita mengenai single Seorang Wanita, Sherrie berkata, lagu yang dibawanya adalah untuk memberi semangat kepada semua wanita supaya tabah menempuhi dugaan dalam hidup.“Lagu ini menceritakan tentang pengalaman yang dihadapi oleh saya dan ia juga memberi mesej yang baik dalam menaikkan semangat untuk terus berjuang,” ujarnya.Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares