Kisah Viral

Loading... Benda ni terjadi pada tahun 2010, di kemaman terengganu. Dan umur aku pada masa tu 10 tahun. kejadian ni masih segar legar didalam... Keadaan Tiba-Tiba Rasa Pelik .Gadis Ini Diintai Dari Tingkap Kayu.!!
Loading...

Benda ni terjadi pada tahun 2010, di kemaman terengganu. Dan umur aku pada masa tu 10 tahun. kejadian ni masih segar legar didalam ingatan aku.Dimana tanda tanya dan segala persoalanan ingin tahu membuak2 tu menjadi misteri hingga ke hari ni.Masa tu abah aku ajak aku pergi umah kawan dia sekejap, aku panggil pakmat je lah, Aku pun ikut je la. kebetulan masa tu anak pak mat balik dari asrama do adalah jugak teman aku nak bermain sambil tunggu abah aku sembang2 dengan pak mat.

Pakmat ni ketagih air ketum,(jangan pulak korang kata abah aku ketagih jugak?! No ok., abah aku nak ambil barang je masa tu)Masa sampai je kat lorong nak gi umah pakmat tu. Kena turun tangga dulu sebab umah pakmat ni bawah bukit, sebelum nak turun tangga menuju lorong kenaa lepasi sebuah rumah dulu.Masa aku turun tu abah aku duk dibelakang, aku jalan laju kedepan sebab excited punya pasal sebab lama tak jumpa anak pak mat,aku panggil kak min.

Tapi excited aku bertukar takut sekelip mata. Dimana masa tu didepan aku dalam jarak 20 langkah dari umah Pakmat aku nampak samar2 mata kemerahan disebalik semak2 tu. Dah la gelap gelita hanya ditemani torchlight phone nokia 3310 abah aku je. Dalam samar2 tu aku boleh nampak mata merah tu seakan mengjegil kan matanya tanda marah.Aku tak nampak pun badan makhluk tu,Aku just nampak mata sahaja, pastu aku pun dalam keadaan seram campur takut tu Uturn smula kat abah aku yang masih nun jauh ditinggal dek aku. Padahal dekat dah pun.

Sampai je kat abah aku, abah aku tanya ” ni kenapa patah balik ni dah dekat dah pun?”Dan aku bagi alasan ..”tak ada apa pun, saja nak turun sekali ngan abah sian abah”.Abah aku terkekek kecil sambil ditemani suara sumbang cengkerik berzikir. Sampai je, aku ketuk pintu kuat2 sampai nak roboh pintu lama tu akibat diketuk kuat oleh aku..sebab aku nak masuk cepat2.Aku dan abah aku pun masuk. Usai bersalaman dengan pakmat.Aku bertanya kat pak mat “pakmat,kak min mana?”Pak mat pun bagithu.”ada nu hah kat dalam bilik tengah siap kan kerja sekolah, pergi la kat kakak”.

Tanpa menunggu panjang aku pun berlalu pergi ke bilik kakmin yang bersebelahan dapur.“Assalamualaikum kak min”. Aku memberi salam. Kak min pun dengan pantas dijawab salamku” walaikumsalm la adik fa rupanya, meh masuk”Jemput kak min.Aku pun masuk, kebetulan kak min ada bela hamster 2 ekor. Dah la hamster aku minat gila hahahh so aku pun main ngan hamster kak min yg diberi nama koko dan nana,Sementara menunggu abah aku tengah rancak bersembang ngan pakmat. Dalam beberapa minit kemudia sambil aku berbual kosong dengan kak min,Aku terdengar seperti orang berjalan di atar rumput kering. Di belakang rumah. Baca sepenuhnya DISINI !!

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares