Kisah Viral

Loading... JOHOR BAHRU: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit... Tunku Tun Aminah Nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos Ini
Loading...

JOHOR BAHRU: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata istiadat meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.

Katanya, istiadat pertunangan akan diadakan jam 10 pagi pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah manakala istiadat persandingan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar. “Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah melangsungkan perkahwinannya.

“Istiadat perkahwinan pasangan pengantin Diraja akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. “Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares