Kisah Viral

Loading... Aktivis hak wanita dan ahli keluarga membantah tindakan polis melepaskan seorang lelaki yang menyerang seorang gadis dalam sebuah bas di Istanbul hanya kerana... Video: Gadis Diserang Lelaki Kerana Pakai Seluar Singkat Di Bulan Ramadan
Loading...

Aktivis hak wanita dan ahli keluarga membantah tindakan polis melepaskan seorang lelaki yang menyerang seorang gadis dalam sebuah bas di Istanbul hanya kerana beliau memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.

AFP melaporkan kejadian itu bermula dengan seorang lelaki yang duduk di belakang Asena Melisa Saglam, memarahinya kerana memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.

Suspek kemudian memukul mangsa di mukanya yang menyebabkan pelajar universiti itu bertindak balas dengan mengejar suspek.

Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat menolaknya ke bahagian belakang bas, sebelum berlari keluar dari bas itu.

Lelaki terbabit ditahan selepas serangan itu, sebelum dibebaskan berdasarkan keterangannya yang perbuatan wanita itu mencetuskan kemarahannya.

Susulan itu, sebuah pertubuhan hak asasi wanita mengadakan bantahan dengan menyifatkan pembebasan lelaki itu sebagai ancaman kepada semua wanita.

Kami akan memakai apa saja yang kami mahu di luar, kami tidak akan berkompromi dengan kebebasan kami, tulis organisasi dikenali sebagai We Will Stop Femicide Platform di Twitter.

Susulan bantahan itu, arahan dikeluarkan untuk menahan semula lelaki terbabit.

Global news memetik polis di Istanbul sebagai berkata, suspek sebenarnya tidak dibebaskan dan hasil pemeriksaan mendapati dia mempunyai waran tangkap kerana kes penipuan cukai.

Bantahan yang diadakan ahli keluarga mangsa dan orang ramai turut menyebabkan pendakwa raya mengenakan pertuduhan tambahan iaitu menghina, sengaja mencederakan dan menghasut orang ramai mencetuskan kebencian dan permusuhan awam, menurut kenyataan Anadolu Cumhuriyet dari pejabat ketua pendakwa raya.

Penentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa kerajaan pimpinannya merosakkan prinsip negara sekular yang diamalkan bekas presiden, Mustafa Kemal Ataturk untuk melindungi hak wanita.

Kerajaan bagaimanapun bertegas, ia tidak menyekat kebebasan wanita berpakaian mengikut kehendak mereka, termasuk membenarkan mereka memakai tudung di universiti, sekolah dan dalam pasukan tentera. – FMT

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares