Video: Pelajar Perempuan Terkena Histeria Cuba Terjun Dari Tangki Air Sekolah Video: Pelajar Perempuan Terkena Histeria Cuba Terjun Dari Tangki Air Sekolah
Loading... Seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Bagan Serai dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah selepas dipercayai diserang histeria,... Video: Pelajar Perempuan Terkena Histeria Cuba Terjun Dari Tangki Air Sekolah
Loading...

Seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Bagan Serai dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah selepas dipercayai diserang histeria, lapor Sinar Harian.Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi tadi telah disedari oleh warga sekolah selepas terlihat pelajar tingkatan empat itu berada di tangki air yang berketinggian lebih 18 meter.

Pelajar tersebut dilihat cuba sedang meniti bahagian penghadang jalan di keliling tangki air itu menyebabkan warga sekolah cemas melihat aksinya.Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang dihubungai telah bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10.55 pagi cuba untuk memujuk mangsa untuk turun, namun gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketika anggota tiba di lokasi, mangsa dilihat berada dalam keadaan histeria dan meniti di bahagian pengadang jalan tangki air terbabit.“Apabila mangsa cuba untuk turun pada tangki air itu, anggota terus menerpa menangkap mangsa.

Mangsa kemudiannya terus dibawa turun dan diserahkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.Berdasarkan sumber yang diperolehi, masalah histeria di sekolah ini sering berulang-ulang, mangsa telah pun diserang histeria semalam tetapi masalah itu berulang pada hari ini.Ada netizen yang berasal dari sekolah ini mengaitkan sebuah banglo lama digelar ‘banglo Marina’ yang berada di sebelah sebagai punca kejadian histeria selalu terjadi di sekolah berkenaan. Lihat  [ VIDEO ] Sepenuhnya !!

as
Loading...

Bacaan Lain :

Shares