Kisah Viral

Loading... Seorang penyampai televisyen wanita terkenal meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas dihempap sebatang pokok palma yang tua di sebatang jalan di sini minggu... Video: Penyampai TV Wanita Popular Maut, Tiba-Tiba Dihempap Pokok
Loading...

Seorang penyampai televisyen wanita terkenal meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas dihempap sebatang pokok palma yang tua di sebatang jalan di sini minggu lalu.Menurut laporan media tempatan, Kanchan Nath secara kebetulan sedang melakukan perjalanan pulang dari sebuah kelas yoga di Chembur di bandar raya ini pada jam 8 pagi Khamis lalu semasa insiden pelik itu berlaku.Menerusi rakaman kamera litar tertutup dari sebuah premis berhampiran, mangsa dilihat memakai baju berwarna biru dan sebelum itu sedang berjalan di tengah jalan raya, di hadapan deretan kedai runcit dan gerai makanan.

Tanpa diduga, sebatang pokok kelapa setinggi hampir lapan meter terletak di bahu jalan berkenaan secara tiba-tiba tumbang tanpa amaran dan ia betul-betul menghempap tepat ke atas diri mangsa yang berusia 58 tahun itu.Mendiang Kanchan mengalami kecederaan dalaman teruk dan keretakan tulang akibat berat pokok itu. Orang ramai bergegas untuk segera menghulurkan bantuan dengan mengalihkan pokok tersebut sebelum dikejarkan ke hospital.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada Khamis itu akibat kecederaan di bahagian kepala. Seorang penduduk iaitu Arjun Singh, yang segera membantu sejurus selepas terdengar bunyi tersebut menceritakan detik tragik itu:

Bacaan Popular Lain :

Shares