Kisah Viral

Loading... CHINA – Satu rakaman sekitar kejadian yang membabitkan seorang remaja wanita yang sanggup menjual kehormatannya demi memiliki iPhone 8 tular di media sosial.... Video Rakaman Sebenar Aksi Remaja Jual Maruah Demi iPhone 8
Loading...

CHINA – Satu rakaman sekitar kejadian yang membabitkan seorang remaja wanita yang sanggup menjual kehormatannya demi memiliki iPhone 8 tular di media sosial.

Walaupun harga iPhone 8 mahal serta bukan semua mampu memilikinya namun kualiti telefon iPhone yang baik tidak dapat dinafikan lagi.

Oleh kerana keinginan yang kuat untuk memiliki iPhone 8 terbabit, seorang remaja sanggup menjual daranya dengan harga RMB 20,000 iaitu bersamaan dengan RM12,750.

Menurut laporan World of Buzz, iklan yang di muat naik di media sosial oleh remaja terbabit yang ingin menjual daranya telah dikongsikan oleh netizen.

Antara yang di iklankan oleh remaja terbabit adalah “Belikan iPhone 8 untuk saya dan awak boleh ‘bermain’ dengan saya selama tiga hari tanpa menggunakan kondom” dan “Belikan iPhone X untuk saya dan awak boleh bermalam dengan saya selama tiga hari.”

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Xiao Chen yang baru berusia 17 tahun yang berasal daripada sebuah wilayah di China kerana sanggup menjadi hamba kepada kapitalis dengan mencuba menjual kesucian dirinya.

Xiao dikatakan mempunyai keinginan yang kuat untuk memiliki iPhone 8 seperti mana rakan-rakannya yang lain tetapi dalam masa yang sama tidak mahu membebankan kedua ibu bapanya dengan keinginannya itu.

Akhirnya Xiao mengambil jalan pintas apabila sanggup menggunakan media sosial bagi mengiklankan daranya untuk dijual sebagai salah satu inisiatif baginya mendapatkan wang dengan cara pantas.

Xiao telah mengiklankan daranya yang dijual dengan harga RMB20,000 di dalam satu forum di mana harga tersebut sangat mencukupi bagi dirinya jika mahu membeli sebiji iPhone 8 serta iPhone X secara serentak.

Iklan Xiao tersebut kemudiannya telah berjaya menarik perhatian seorang Vlogger yang dikenali sebagai Nana Henying yang berasal daripada Beijing.

Selepas melihat iklan yang di postkan oleh Xiao tersebut, Nana Henying kemudiannya mengambil keputusan untuk memberikan satu pengajaran yang amat berharga kepada Xiao supaya dia akan lebih menghargai daranya itu.

Nana Henying kemudiannya telah menyamar sebagai seorang setiausaha kepada seorang lelaki kaya yang berminat untuk membeli dara Xiao pada harga RMB20,000.

Xiao yang ternyata terdesak mencari wang terus bersetuju dengan tawaran Nana Henying untuk tidur bersamanya semalaman tanpa mengesyaki beliau.

Selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RMB500 Xiao kemudiannya telah pergi ke hotel yang dijanjikan dan terus menuju ke bilik yang telah dipersetuui oleh mereka berdua.

Setibanya di bilik berkenaan Xiao kemudiannya telah diberikan sebiji iPhone baru sebelumdirinya telah diserang oleh tiga orang lelaki dimana dua daripada mereka berada dalam keadaan separuh bogel manakala seorang lagi memegang kamera sambil merakamkan segala aksi mereka.

Xiao kemudiannya telah ditolak ke atas katil dan diikat bagi membuatkan dia merasakan pengalaman bahawa dirinya bakal dirogol secara beramai-ramai.

Xiao yang ketakutan akibat diperlakukan sebegitu hampir sahaja menjerit sebelum Nana yang sedang bersembunyi di dalam bilik air memerhatikan segala-galanya keluar serta meminta kesemua lelaki berkenaan keluar daripada bilik hotel tersebut.

Nana kemudiannya menjerit ke arah Xiao dengan mengatakan “Sekarang baru kau takut? Tetapi sayang semuanya dah terlambat dan ianya amat tidak berbaloi menjual dara hanya kerana ingin membeli sebiji telefon bimbit.

Nana memarahi Xiao serta telah menjelaskan kepadanya akan kesan buruk jangka panjang yang bakal dialaminya jika perkara tersebut benar-benar berlaku ke atas dirinya.

Video rakaman kejadian yang berlaku di bilik hotel tersebut kemudiannya telah dimuat naik ke rangkaian you tube milik Nana Henying dan berjaya menarik perhatian netizen di China yang kebanyakkan mereka mempertikaikan akan keaslian video tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan Xiao untuk menjual kesuciannya semata-mata mahu memiliki iPhone 8 sangatlah tidak wajar dan seharusnya dijadi pengajaran buat golonganwanita di luar sana.

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares