Kisah Viral

Loading... AKSI seorang gadis yang ‘naik hantu’ gara-gara tempat parkir keretanya diambil pemandu lain menjadi tular di media sosial hari ini. Dalam kejadian di... VideoViral : ‘Salam Jari Tengah’, Wanita Amuk Rebut Parkir
Loading...

AKSI seorang gadis yang ‘naik hantu’ gara-gara tempat parkir keretanya diambil pemandu lain menjadi tular di media sosial hari ini.

Dalam kejadian di sebuah tapak bazar Ramadan itu, wanita terbabit dikatakan tidak dapat menahan kesabaran ekoran petak parkir kenderaanya dirampas secara tiba-tiba oleh individu perakam video.

Menerusi rakaman, wanita itu yang dilihat bersama seorang lelaki bertindak mengetuk pintu cermin kereta sambil mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu terbabit.

Tak cukup dengan itu, dia turut menunjukkan isyarat lucah jari tengah. Manakala kasut yang dipakainya pun turut dibaling ke arah cermin depan kereta, memang betul-betul marah nampakya.

Netizen yang melihat rakaman ini rata-ratanya mengutuk perlakuan ganas tersebut lebih-lebih dalam bulan Ramadan yang barakah ini.

“Buat malu kaum jer, bulan-bulan puasa ni, kalau nak bertindak macam tu buka je la tudung, buat malu orang yang bertudung jer, mane perginya kesopanan orang yang bertudung,” tulis Nur Cahaya.

“Gengster betina dari gunung mana dia ni? Buat malu la kak oi,” soal Zulfahmi Mad

Namun ada juga yang menyatakan supaya jangan cepat menghukum, mungkin ada sebab lain yang benar-benar kukuh di sebalik amukan tersebut.

“Mesti bersebab akak ni naik hantu, kalau takda angin, masakan pokok bergoyang,” kata seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Bacaan Popular Lain :

Shares